‘LIVE’ Diskusi N49 Ketengah ‘Sindrom Salahkan BN’ Malam Ini

SHAH ALAM, 28 Julai – Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang seringkali menyalahkan pentadbiran terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN) dalam apa juga hal yang berlaku termasuklah kegagalan mereka untuk menunaikan 10 janji dalam tempoh 100 hari menjadi isu yang bakal diketengahkan dalam Diskusi N49 malam ini dengan tajuk ‘Sindrom Salahkan BN’.

Menerusi diskusi yang bersiaran selama sejam bermula 9.00 malam ini akan menampilkan panel yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Diskusi N49 yang akan bersama moderatornya, Datuk Mohd Irwan Rizal boleh ditonton secara langsung menerusi laman facebook UMNO-Online.

Program tersebut adalah acara tetap yang menjadi wahana perbincangan berkaitan isu-isu semasa khususnya hal-hal berkait dengan kepentingan rakyat yang diadakan sempena Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis bermula sejak 21 Julai lalu. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.