Kerajaan PH Tidak Seharusnya Sewenang-Wenangnya Buat Pindaan Akta – Najib

 

KUALA LUMPUR, 24 Jul – Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berharap agar kerajaan baru di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak membuat sebarang pindaan akta semata-mata mahu melakukannya tetapi haruslah pindaan haruslah dibuat kerana sesuatu penambahbaikkan daripada apa yang telah kerajaan terdahulu lakukan.

Jelas beliau, sekiranya sesuatu pindaan akta dilakukan sehingga menimbulkan banyak ketidaktentuan maka ia boleh menjejaskan keyakinan pasaran kepada ekonomi negara.

“Antara pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia oleh World Economic Forum adalah dengan meletakkan Malaysia sebagai negara ke-23 paling berdaya saing di dunia.

“Yang kedua mengikut pada andaian World Bank, kita berada di ambang ekonomi yang boleh diiktiraf sebagai sebuah ekonomi maju dalam tempoh akan datang.

“Jadi ini semua menunjukkan bahawa kita (BN) telah dapat melaksanakan perubahan yang begitu kukuh dan berkesan kepada ekonomi negara.

“Saya berharap kerajaan baharu ini tidak melakukan pindaan semata-mata nak buat pindaan. Tetapi kalau nak lakukan pindaan, ia semestinya membawa kepada sesuatu penambahbaikan daripada apa yang telah kita lakukan,” ujar beliau di lobi Parlimen hari ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.