Pemuda UMNO Terus Agenda Perjuangan, Pertahan Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Damansara, Zulkarnain Nadzri, percaya sayap Pemuda memainkan peranan penting bagi meneruskan agenda perjuangan membela agama, bangsa dan negara. Katanya, ia dapat dilihat menerusi langkah berani dilakukan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dalam mempertahankan isu bendera Jalur Gemilang. “Bersama-sama barisan Pemuda UMNO Bahagian Damansara menegaskan pendirian […]

» Read more

Puteri UMNO Tegur MUDA: “Jangan Lebih Sudu Dari Kuah”

KUALA LUMPUR, 19 Ogos –  Ketua Penerangan Puteri  UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi menegur tindakan parti MUDA dan melihat mereka seolah-olah ‘double standard’ berhubung pendirian mereka sebagai kuasa pendesak. Bagi beliau jika itu yang dipegang oleh parti berkenaan mereka seharusnya bersikap adil  dan tidak bersikap memilih parti. “Saya sangat menghormati fungsi MUDA sebagai kuasa pendesak di Malaysia tetapi janganlah sampai melangkaui […]

» Read more

Pindaan Kanun Keseksaan, Tatacara Jenayah Tangani Cabaran Jenayah Moden – Azalina

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kerajaan telah melaksanakan beberapa pindaan penting terhadap Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah bagi menangani cabaran jenayah moden. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata antara usaha reformasi adalah pindaan kepada Kanun Keseksaan pada tahun 2023 untuk memperkenalkan peruntukan […]

» Read more

MUDA Perlu Berhenti Jadikan Isu Undang-Undang Sebagai Politik Retorik – Md Israk

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah menyeru agar MUDA berhenti menjadikan isu undang-undang sebagai modal politik retorik. Ini kerana katanya, keputusan untuk memberikan ‘discharge not amounting to acquittal’ (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibuat oleh mahkamah setelah menilai hujah pihak pendakwaan dan pembelaan. “Saya merujuk kepada kenyataan […]

» Read more

PRN Sabah: Puteri UMNO Teliti, Persiap Jentera Muda Parti

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO telah meneliti persiapan jentera sayap tersebut sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, sayap tersebut turut menggariskan pelan pengukuhan peranan Puteri UMNO di setiap bahagian terutamanya untuk mendekati pengundi-pengundi muda. “Puteri UMNO Malaysia telah meneliti persiapan jentera di Sabah dan […]

» Read more

Semarak Bulan Kemerdekaan: UMNO Labuan Perkukuh Perpaduan, Patriotisme Jadi Asas Kekuatan Negara

LABUAN, 18 Ogos – Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-68 yang bakal diraikan pada 31 Ogos ini semakin dirasai di seluruh negara, termasuk di Labuan apabila masyarakat pelbagai peringkat terus memperlihatkan semangat kebersamaan, kekitaan dan gotong-royong yang menjadi nadi kepada kekuatan bangsa dan negara. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, berkata roh kemerdekaan tidak hanya disambut dengan kibaran […]

» Read more

ADUN Parit Yaani Ziarah Abang Amiruddin, Usaha Salur Bantuan Sewajarnya

BATU PAHAT, 15 Ogos – Nasib  menimpa seorang pesakit strok yang bergantung kepada kerusi roda, Amiruddin Abdul Hamid, 54, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Mohd Najib Samuri yang hadir bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat ke kediaman beliau. Menerusi kunjungannya semalam bersama agensi yang terlibat, Najib dapat melihat secara lebih dekat permasalahan yang dihadapi […]

» Read more

Menjelang Kemerdekaan: Hormati Jalur Gemilang, Isu Bendera Bukan Politik – Mohd Zaidy

JEMPOL, 14 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menegaskan bahawa pembangunan dan kemajuan negara perlu sentiasa seiring dengan semangat jati diri serta kecintaan kepada tanah air. Beliau berkata, isu Jalur Gemilang tidak wajar dipolitikkan kerana ia merupakan lambang kedaulatan negara yang perlu dihormati oleh setiap warganegara, tanpa mengira bangsa atau agama. “Jalur […]

» Read more

UMNO Sokong Inkues Penuh Kes Zara Qairina, Tuntut Keadilan Telus

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Jabatan Peguam Negara agar inkues penuh dijalankan bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan MKT juga berharap proses inkues tersebut dapat dilaksanakan berlandaskan undang-undang bagi memberikan keadilan sewajarnya. “UMNO amat dukacita […]

» Read more
1 85 86 87 88 89 413