Kajian Separuh Penggal Bukti Iltizam UMNO Terhadap Prinsip Ketelusan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dayang Nurazlin Nordin menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mencadangkan pelaksanaan kajian separuh penggal bagi menilai keberkesanan dan prestasi Kerajaan Perpaduan Malaysia. Beliau berkata ia mencerminkan iltizam UMNO terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban politik khususnya dalam menilai prestasi anggota pentadbiran kerajaan serta agensi-agensi milik dan […]

» Read more

Bung Moktar Gesa Kerajaan Wujudkan Akta Kewajipan Bina Rumah Mampu Milik Di Setiap Negeri

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memuktamadkan dasar yang mewajibkan setiap negeri menggubal akta khusus bagi pembinaan rumah mampu milik secara menyeluruh. Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, langkah kerajaan dalam menyediakan sejuta rumah mampu milik di seluruh negara adalah sangat dialu-alukan. Namun, beliau […]

» Read more

Harga BTS Tinggi Jejas Usaha Tanam Semula Pokok Sawit – Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Berdasarkan statistik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) tahun 2024, kadar penanaman semula sawit dalam kalangan pekebun kecil hanya 0.7 peratus, manakala bagi estet adalah 2.3 peratus. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata terdapat sebilangan kecil estet yang telah mencapai kadar tanam semula melebihi 4 peratus pada tahun 2024. “Secara keseluruhannya, kadar […]

» Read more

KPT Komited Pastikan Graduan IPT Kekal Relevan Dalam Pasaran Kerja

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited memastikan graduan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta kekal relevan dalam pasaran kerja nasional. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelbagai usaha berterusan sedang dilaksanakan dan telah dirangka oleh pihak kementerian termasuk inisiatif bersama dengan pihak industri. “Antaranya seperti Program 2 Tahun Universiti 2 Tahun Industri (2U2i) dan Structured […]

» Read more

Azmawi Pertikai Pendekatan DUN Kelantan, Soalan Pembangkang Demi Rakyat

BESUT, 4 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempersoalkan pendekatan yang diambil oleh pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam menangani soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat pembangkang. Menurutnya, pendekatan semasa perlu diubah memandangkan soalan yang diajukan oleh ADUN pembangkang adalah suara rakyat yang mahu penjelasan serta ketelusan daripada kerajaan negeri. “Saya merasakan […]

» Read more

Kita Bertanding Atas Panji BN, UMNO Sedia Hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

SANDAKAN, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus bertanding di bawah panji dan lambang yang sama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, sambil menekankan bahawa kemenangan amat penting demi rakyat negeri berkenaan. Berucap pada majlis perasmian penutup Mesyuarat UMNO Bahagian Kinabatangan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan […]

» Read more

UMNO Sabah Tidak Akan Terjebak Mainan Politik Pihak Lawan – Bung

SANDAKAN, 4 Ogos – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa UMNO negeri itu tidak akan terjebak dengan permainan politik pihak lawan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin hampir. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan seterusnya menambah apa yang penting hari ini seluruh jentera parti pelbagai peringkat memperkemaskan persediaan masing-masing. “Presiden kami tidak pernah […]

» Read more

Bersama Kuatkan Parti, Terajui Kekuatan Bangsa Di Pusat Pentadbiran – Ab Rauf

KUALA PILAH, 3 Ogos – Seluruh pejuang dan pendukung UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu berganding bahu untuk menguatkan semula parti agar ia dapat menerajui kekuatan bangsa di pusat pentadbiran. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sejarah telah membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang hebat kerana ia melahirkan pemimpin untuk meneruskan legasi mentadbir negara. “Kita […]

» Read more

Kita Ada Peluang Untuk Bina Semula UMNO – Nur Jazlan

PULAI, 3 Ogos – UMNO/Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang cerah untuk membina semula parti agar dominan pada masa hadapan, kata Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Beliau yang juga Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara berkata, meskipun mengalami kekalahan pada 2018, UMNO dilihat mula bangkit dan dapat meyakinkan rakyat bahawa parti ini semakin kuat. “Kita jangan lupa tahun […]

» Read more

UMNO Perlu Pulihkan Sokongan Orang Melayu – Mohamed Khaled

PASIR GUDANG, 3 Ogos – UMNO perlu mencari jalan untuk memulih dan mengembalikan sokongan orang Melayu agar parti keramat ini akan kembali dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Naib Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perpaduan dan keakraban yang terbina di antara pemimpin serta akar umbi dilihat mampu untuk memulihkan imej […]

» Read more
1 87 88 89 90 91 413