Search Results for: semak
Kerajaan Johor Tolak Budaya Buli…Hentikan Buli – Aznan Tamin
KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Kerajaan Negeri Johor menentang sekeras-kerasnya isu buli dalam kalangan masyarakat, sama ada di sekolah, tempat kerja mahupun di alam maya. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, pihaknya telah menggerakkan kempen secara serius ke seluruh negeri bagi memastikan mesej pencegahan buli dapat disampaikan kepada semua lapisan masyarakat. “Kami pimpinan Kerajaan Negeri Johor menentang […]
» Read moreKesan Sampingan Vaksin COVID-19, Ismail Sabri Dapatkan Penjelasan Di Parlimen
KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini bertanya berkenaan sejauh mana pengambilan vaksin COVID-19 memberi kesan terhadap rakyat. Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana adanya spekulasi oleh golongan antivaksin terhadap suntikan vaksinasi tersebut. “Seperti yang kita sedia maklum bahawa kejayaan Malaysia menyekat penularan COVID-19 adalah disebabkan oleh kerjasama rakyat […]
» Read morePLKN 3.0 Intervensi Strategik, Bina Generasi Muda Berdisiplin
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah satu intervensi strategik yang dirancang khas untuk membina generasi muda Malaysia yang berdisiplin, berjiwa patriotik dan berdaya tahan. Pada sesi Penggulungan Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini, beliau menjelaskan dalam dunia yang semakin kompleks, pemupukan nilai […]
» Read moreUMNO Lahad Datu Teruskan Program Saling Mengasihi, Bukti Perjuangan Tidak Pernah Putus
LAHAD DATU, 20 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul terus menggerakkan Program Saling Mengasihi dengan menyampaikan bantuan dan bakul makanan kepada para pemohon termasuk baru-baru ini di Kampung Sapagaya dan Kampung Turusan Silam. Beliau berkata, usaha ini adalah sebahagian daripada khidmat bakti UMNO yang telah sekian lama sebati dengan perjuangan parti iaitu memastikan rakyat tidak […]
» Read moreMUDA Hilang Arah, Fitnah Terhadap Ahmad Zahid Cuba Alih Perhatian – Armand Azha
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah berpendapat parti MUDA sebenarnya sudah hilang arah dan dilihat sebagai alat politik oleh tangan-tangan ghaib. Menurutnya, sepatutnya fokus utama parti itu adalah memperjuangkan isu-isu penting yang dekat dengan generasi muda seperti pendidikan, ekonomi, sosial, budaya, kesukarelawanan dan kos sara hidup; bukannya memainkan isu politik yang […]
» Read moreKeadilan Hak Setiap Individu Sejak Lahir, Bukan Keistimewaan Untuk Segelintir – Azalina
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Keadilan bukanlah keistimewaan yang hanya dinikmati oleh segelintir pihak sahaja sebaliknya ia adalah hak setiap individu sejak lahir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata terdapat keperluan mendesak untuk melakukan reformasi kerana masih terdapat 4.5 bilion orang di seluruh dunia yang tidak dapat menikmati perlindungan […]
» Read morePenempatan Aset Pertahanan Di Sempadan Utara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Isu penempatan anggota dan aset pertahanan di sempadan Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan menjadi antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) pada sesi soal jawab meminta Menteri Pertahanan menyatakan status penempatan anggota dan aset pertahanan di sempadan Kedah, Perlis, Perak serta Kelantan bagi mengawal […]
» Read moreAhmad Zahid Seru Rakyat Kibar Jalur Gemilang, Semat Cinta Pada Tanah Air
KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 tahun pada 31 Ogos ini. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ini kerana sejak negara mencapai kemerdekaan, Jalur Gemilang sentiasa berkibar megah menjadi lambang kedaulatan dan maruah negara. “Setiap kali kita melihatnya berkibar, tersemat […]
» Read moreSentimen Kenegerian Sekadar Kempen Menjelang PRN Sabah – Suhaimi
KOTA KINABALU, 18 Ogos 2025 – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir melihat sentimen kenegerian termasuklah ‘Sabah for Sabahan’ dan sebagainya sekadar kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir. Dalam wawancara bersama UMNO-Online, beliau menegaskan bahawa sentimen kenegerian semata-mata tidak mampu menjadi sandaran untuk mentadbir negeri dengan berkesan. “Bukan soal orang Sabah atau bukan, majoriti pemimpin UMNO […]
» Read more