UMNO Lahad Datu Santuni Rakyat, Teruskan Program Saling Mengasihi

LAHAD DATU, 25 Sept – UMNO Bahagian Lahad Datu di bawah pimpinan Ketua Bahagian, Sharif Musa Sharif Mabul terus melangkah ke hadapan dengan agenda kebajikan rakyat melalui Program Saling Mengasihi yang menjadi platform utama dalam menyantuni masyarakat setempat. Program yang dilaksanakan secara berterusan ini sekali lagi membuktikan komitmen UMNO Lahad Datu dalam memastikan setiap golongan yang memerlukan tidak diketepikan, sebaliknya […]

» Read more

ASEAN Perlu Mekanisme Rentas Sempadan Tangani Ancaman Penyeludupan Dadah – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 25 Sept – ASEAN perlu tampil lebih berani melalui tindakan kolektif bersepadu agar masa depan Asia Tenggara tidak digadai kepada sindiket dadah transnasional yang semakin licik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata hanya pendekatan serantau yang berpaksikan data, teknologi dan kepercayaan antara negara anggota mampu mengekang ancaman penyeludupan. Justeru, beliau berkata Malaysia mencadangkan […]

» Read more

Hasil Bumi Bukan Dagangan Politik, Pengkhianatan Terbesar Kepada Rakyat Sabah – Datu Rosman

KOTA KINABALU, 25 Sept – UMNO Sabah mendakwa pendedahan video yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan bersama beberapa pemimpin kanan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dengan sogokan jutaan ringgit membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang dilanda krisis integriti yang serius. Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman, menyifatkan isu itu sebagai pengkhianatan […]

» Read more

Ahmad Zahid Hubungi Wakil Malaysia Di Sumud Flotilla, Seru Sama-sama Doakan Keselamatan

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan pasukan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini dalam misi kemanusiaan ke Gaza selepas timbul laporan mengenai serangan terhadap konvoi tersebut. Beliau yang Presiden UMNO berkata ini kerana nyawa serta keselamatan para sukarelawan menjadi taruhan ketika mereka berdepan pelbagai risiko. “Alhamdulillah, saya berpeluang […]

» Read more

Komunikasi Digital, Sinergi Strategik Perkukuh Pelan Antidadah – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 24 Sept – Kerajaan merangka pendekatan baharu berasaskan komunikasi digital aplikasi pintar dan kolaborasi strategik dalam usaha mengekang penyalahgunaan dadah yang semakin kritikal di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah berkata Pelan Komunikasi Antidadah yang disusun Agensi Antidadah Kebangsoon (AADK) memberi penekanan kepada tiga […]

» Read more

Pentadbir Tanah Perlu Pandangan Jauh, Urus Isu Tanah Kompleks – Johari

PUTRAJAYA, 22 Sept – Pegawai atau pentadbir tanah pada semua peringkat diseru agar menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih teliti, berstrategi dan berpandangan jauh memandangkan isu berkaitan tanah kini semakin kompleks, kata Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pengurusan tanah di Malaysia memerlukan satu pendekatan baharu yang berorientasikan […]

» Read more

MIHAS 2025 Catat Jualan RM4.97 Bilion, Gambar Keyakinan Pelabur Terhadap Produk Halal Malaysia -Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 mencatatkan nilai jualan sebanyak RM4.97 bilion dalam tempoh tiga hari penganjurannya. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, angka itu menggambarkan keyakinan pembeli antarabangsa terhadap produk halal Malaysia, terutama pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diiktiraf di peringkat global. “Pembeli-pembeli […]

» Read more

Jangan Manipulasi Data, Angka Untuk Tutup Kegagalan Pentadbiran Sabah – Effendy Salamon

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah menolak sekeras-kerasnya propaganda murahan yang dimainkan oleh Borneo Voice kononnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mencapai kejayaan luar biasa dalam mengurangkan kemiskinan tegar. Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah, Effendy Salamon berkata, kenyataan ini jelas berniat mengelirukan rakyat dengan memanipulasi data dan angka semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran kerajaan […]

» Read more

Berbalas Pantun, Dedah Pergolakan Pas-PPBM Yang Tidak Ikhlas – Hasmuni Hassan

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan menganggap kenyataan terbuka pemimpin Perikatan Nasional (PN) semakin menyerlahkan pergolakan dalaman antara Pas dan PPBM. Menurutnya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengeluh bahawa ada parti yang datang ‘bertanding syok saja’ tanpa duit dan jentera, sekadar menumpang keringat Pas. Sebaliknya, bekas Ketua Setiausaha Sulit […]

» Read more
1 79 80 81 82 83 413