Titah Sultan Kedah Jadi Isyarat Tegas Isu Langkawi, Tadbir Urus Negeri Dipersoal

ALOR SETAR, 14 April – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, menyifatkan titah ucapan Sultan Kedah sempena pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah 2026 sebagai satu peringatan jelas terhadap keadaan semasa negeri, khususnya melibatkan pembangunan ekonomi dan hala tuju pentadbiran. Menurut beliau, titah oleh Sultan Kedah itu bukan sekadar istiadat rasmi, sebaliknya mengandungi […]

» Read more

Ahmad Zahid Fokus Perkukuh Tingkat Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (HLC) bagi Program Malaysia My Second Home (MM2H) dalam usaha memperkukuh daya tarikan pelaburan negara. Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, dalam keadaan landskap ekonomi yang semakin mencabar, pendekatan yang lebih tersusun dan berfokus amat penting bagi memastikan Malaysia terus […]

» Read more

Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor

KUALA LUMPUR, 12 April – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi meluangkan masa singgah bersarapan di kopi tenggek di Tanjung Piai yang kini semakin mendapat perhatian sebagai antara tarikan tempatan di kawasan berkenaan. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berkata, ia mempunyai keunikan tersendiri apabila melalui kaedah penyediaan kopi menggunakan penapis khas yang “ditenggek”, sekali gus menghasilkan rasa […]

» Read more

Mohd Asna Ingatkan Majlis Peguam Jaga Kredibiliti Sistem Perundangan

KUALA LUMPUR, 11 April – Timbalan Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Asna Amin menegaskan Majlis Peguam perlu memainkan peranan besar dalam memastikan integriti sistem perundangan terus terpelihara. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng berkata kenyataan melibatkan kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) […]

» Read more

Kekurangan Kuota Subsidi Diesel Menekan Industri Pengangkutan Awam

KUALA LUMPUR, 11 April – Penerangan Pemuda UMNO Negeri Kedah meluahkan kegusaran membabitkan isu kekurangan kuota subsidi diesel yang semakin menekan pengusaha pengangkutan awam. Ketuanya, Mohd Safwan Jaafar berkata ini kerana situasi semasa menunjukkan kuota subsidi diesel yang diperuntukkan hanya mampu bertahan sekitar 20 hari setiap bulan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kelangsungan operasi industri tersebut. “Kami menyuarakan kebimbangan serius […]

» Read more

Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta

KUALA LUMPUR, 10 April – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya politik berasaskan emosi yang semakin menular dalam landskap semasa. Beliau berkata, fenomena “rage baiter” kini semakin ketara apabila terdapat pihak tertentu yang lebih gemar memainkan sentimen dan membakar kemarahan rakyat serta ahli parti, berbanding membawa […]

» Read more

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir

LIBARAN, 9 April – Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menegaskan bahawa parti ini perlu terus memperkukuh struktur dan semangat perjuangan sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan kesinambungan masa hadapan. Menurut beliau, usaha memperkenalkan konsep “Rumah Bangsa” adalah teras dalam memantapkan proses pengukuhan, khususnya bagi menyatukan ahli dengan penghayatan kepada perjuangan UMNO di semua peringkat. […]

» Read more

UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina

KUALA LUMPUR, 9 April – Exco Wanita UMNO, Wan Mohalina Wan Mohamad yakin UMNO mampu bangkit semula memperkukuh kesepakatan dalaman serta melakukan muhasabah dan perubahan yang menyeluruh. Beliau yang lebih dikenali sebagai Kak Wan berkata, UMNO kini berada umur 80 tahun iaitu satu tahap kematangan yang tinggi hasil pengalaman panjang meskipun berdepan pelbagai cabaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini. “UMNO […]

» Read more

Usia 80 Tahun Matangkan UMNO, Tetap Jadi Tonggak Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 9 April – Menjangkau usia 80 tahun, UMNO dilihat semakin matang dalam persada politik tanah air dan kekal menjadi tonggak kepada orang Melayu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad berkata, ulang tahun ke-80 ini perlu dijadikan titik tolak untuk memperkukuh sokongan dalam kalangan generasi muda. “Harapan saya sempena ulang tahun ke-80 ini agar anak-anak […]

» Read more

Jemaah Menteri Lulus Penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 April – Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) sebagai langkah penting dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan bencana dan pengurangan risiko di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan MPBN menandakan satu anjakan besar daripada pendekatan lama yang lebih bersifat teknikal dan berasingan kepada sistem yang lebih menyeluruh, bersepadu […]

» Read more
1 42 43 44 45 46 413