Sistem E-Tanah Di Pahang Dilaksanakan Sepenuhnya 2027

KUANTAN, 29 Nov – Sistem pengurusan dan pentadbiran tanah bersepadu yang menekankan agenda pendigitalan e-Tanah, akan mula dilaksanakan sepenuhnya di Pahang menjelang tahun 2027. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembangunan sistem itu dengan kos RM128 juta yang ditanggung sepenuhnya Kerajaan Persekutuan, akan memudahkan rakyat negeri ini mendapatkan maklumat dan perkhidmatan berkaitan urusan tanah secara atas […]

» Read more

‘Cadangan Banjir Sebagai Produk Pelancongan Adalah Dangkal’- Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menempelak cadangan exco kerajaan Kelantan untuk menjadikan banjir sebagai produk pelancongan negeri itu. Menurut beliau, banjir merupakan musibah dan tidak perlu dijadikan sebagai produk pelancongan yang dikhuatiri memberikan risiko. “Maaf saya tidak setuju cadangan exco kerajaan Pas Kelantan menjadikan Banjir sebagai produk pelancongan. “Banjir adalah musibah yang […]

» Read more

Banjir Di Kelantan, Dr Asyraf Wajdi Arah MRSM Tumpat Dibuka Sebagai PPS

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Keadaan banjir di Kelantan kini semakin kritikal dengan beberapa kawasan di negeri ini, terutamanya di Tumpat dan sekitarnya, terjejas teruk akibat hujan lebat berterusan. Setiausaha Agung UMNO merangkap Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bahawa nyawa rakyat perlu didahulukan. “Keadaan banjir di Kelantan semakin kritikal, dan dalam situasi darurat ini, […]

» Read more

Advokasi Keganasan Terhadap Wanita: Tampin Minta Penjelasan Kementerian

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa meminta penjelasan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tentang perancangan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga. Mohd Isam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tampin berkata, beliau yakin dan percaya bahawa masih ramai wanita tidak berani untuk tampil membuat laporan sekiranya mereka menghadapi […]

» Read more

MB Kedah Dicabar Dedahkan Pihak Yang Mahu ‘Mensabotaj’ Pelaburan Negeri – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata pihaknya bimbang satu lagi cubaan memanipulasi persepsi dan sentimen yang cuba dimainkan oleh Menteri Besar negeri berkenaan berhubung dakwaan ‘grand plan’ untuk mensabotaj pelaburan di Kedah. Menurut beliau UMNO Kedah melihat dakwaan tersebut cukup serius apabila apabila Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ada […]

» Read more

Terus Perkasakan KEMAS Untuk Manfaat Bersama, Seiring Teknologi Digital – ADUN Juasseh

SEREMBAN, 27 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid semalam membangkitkan beberapa perkara berkaitan isu berhubung hal ehwal KEMAS pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dalam usaha memperkasakan lagi peranan institusi tersebut. Menurut beliau pemodenan kursus-kursus KEMAS dengan menggunakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) boleh membantu meningkatkan keberkesanan pembelajaran, juga […]

» Read more

Beri Kemahiran, Tingkat Ekonomi… Puteri UMNO Setiu Anjur Kelas Bakeri

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiu telah menganjurkan kelas pastri dan bakeri untuk memberikan kemahiran di samping meningkatkan ekonomi ahli Pergerakan Puteri UMNO di kawasan tersebut. Ketuanya, Che Hafizah Che Mud berkata, program yang dianjurkan pada Sabtu lalu itu mampu membantu ahli Puteri mengembangkan pendapatan mereka dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkenaan. “Alhamdulilah, Pergerakan Puteri […]

» Read more

Mohd Zaidy Yakin Kekuatan Kerajaan Perpaduan Mampu Realisasikan Agenda Untuk 2025

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yakin bahawa hasil daripada kekuatan Kerajaan Perpaduan iaitu kerjasama erat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) maka setiap agenda yang dirancang dapat direalisasikan. Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perbahasan Belanjawan 2025 Negeri Sembilan dalam sidang DUN, semalam. Dalam hal ini beliau […]

» Read more

Syahbuddin Sindir… Ramai Yang ‘Koyak’ Di DUN Kelantan

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi hantaran di Facebook menyifatkan persidangan DUN Kelantan semalam sebagai ‘koyak’. Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, ini kerana sebagai ADUN pembangkang semak, imbang disuarakan melalui perbahasan sehingga mendatangkan rasa kurang senang kerajaan negeri dan ADUN kerajaan. “Ramai yang ‘koyak’ hari ini […]

» Read more

Konvensyen BN Perak Medan Kukuhkan Kesatuan Antara Satu Sama Lain – Saarani

IPOH, 24 Nov – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata konvensyen Barisan Nasional (BN) negeri itu hari ini adalah peluang untuk masing-masing memperkukuh kesatuan, menyusun dan memperkemas strategi serta  memperbaharui semangat perjuangan dalam barisan yang sama dan senada. Menurut beliau yang juga Pengerusi BN Perak berkata dengan kebijaksanaan, solidariti dan usaha bersama parti itu diyakini akan terus menjadi […]

» Read more
1 128 129 130 131 132 414