Manndzri Mohon MinDef Beri Tumpuan RKAT, Kebajikan Dan Keselamatan Anggota Tentera

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berharap kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan dapat memberi tumpuan terhadap Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT). Menurut beliau ini kerana ia bagi menaiktaraf sekaligus memberikan keselesaan kepada anggota tentera dan keluarga. “RKAT wajib menjadi tumpuan Kementerian Pertahanan bagi menjaga kebajikan dan keselamatan anggota termasuk juga keluarga-keluarga anggota tentera ini. “Bagi rumah RKAT […]

» Read more

Kes Najib-IPIC: Pedoman Untuk Ketelusan Dan Keadilan Sistem Perundangan

KES melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam tuduhan pecah amanah RM6.6 bilion melibatkan dana International Petroleum Investment Company (IPIC), menimbulkan pelbagai persoalan. Isu ini memperlihatkan beberapa kelemahan dalam sistem perundangan, khususnya dari segi pengurusan masa dan keadilan yang sewajarnya. Hal ini juga menimbulkan keraguan […]

» Read more

MUBARAK Perlu Diperkasa Untuk Memudahkan, Lancarkan Aktiviti Kebajikan – Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) perlu diperkasakan untuk memudahkan dan melancarkan segala aktiviti kebajikan yang akan dilaksanakan di seluruh negara. Presiden MUBARAK, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, keahlian MUBARAK adalah bersifat terbuka dan tidak mengira latar belakang parti politik yang diwakili. “MUBARAK Malaysia yang ditubuhkan pada 30 Oktober 1998 ini telah […]

» Read more

Terima Hakikat Realiti Politik Baharu Untuk Masa Hadapan

SHAH ALAM, 1 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa hari ini anggota parti perlu menerima hakikat berkaitan realiti politik baharu bagi menghadapi masa hadapan. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO berkata, kebersamaan parti-parti politik yang berlainan ideologi dalam Kerajaan Perpaduan perlu terus disokong dan dipelihara demi kestabilan negara serta […]

» Read more

Ketepikan ‘Warna’ Politik Hadapi Banjir, Keadaan Lebih Teruk Dari 2014 – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 1 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua pihak perlu ketepikan ‘warna’ dan fahaman politik dalam menyantuni dan menyelesaikan masalah berkaitan banjir di seluruh negara ketika ini khususnya di Kelantan dan Terengganu. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Selangor […]

» Read more

Kerjasama Politik BN-PH: Kunci Pembangunan Sabah Yang Lebih Maju

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Datuk Ir. Abdul Aziz Julkarnain menyokong usaha kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang merupakan strategi penting untuk pembangunan negeri. Menurut beliau, gabungan erat antara kedua-dua parti ini adalah penting bagi mewujudkan kestabilan politik yang akan memastikan pembangunan berterusan dan […]

» Read more

MUBARAK Diseru Perkukuh Keahlian, Depani Cabaran Politik Dinamik Pada PRU ke-16

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) untuk terus memperkukuhkan keahlian demi mendepani cabaran politik yang semakin dinamik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, usaha MUBARAK dan yayasannya untuk menoktahkan kemiskinan, mengurangkan jurang sosial dan membangunkan modal insan adalah selari […]

» Read more

Sama Berdoa Agar Banjir Di Kelantan Tidak Lebih Buruk Berbanding 2014

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru semua berdoa agar banjir di Kelantan tahun ini tidak lebih buruk berbanding 2014, sepuluh tahun dahulu. Katanya dalam satu hantaran di Facebook pagi ini, di kawasan Pasir Puteh, Tumpat dan Pasir Mas situasi semakin parah di mana ada yang masih terperangkap dan sedang diselamatkan. Terdahulu, dalam […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan: Kecekapan UMNO Sumbang Kepada Kesejahteraan Dan Kestabilan – Haryaty

AYER KEROH, 29 Nov – Kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan dilihat sebagai elemen penting dalam menyeimbangkan kesejahteraan dan kestabilan dalam negara ini. Exco Wanita UMNO, Datuk Haryaty Hamdzah berkata, peranan UMNO dalam kerajaan ini membolehkan negara bersaing secara sihat selain memberi perkhidmatan terbaik pada rakyat. Beliau memberi contoh situasi yang berlaku di UMNO Bahagian Kota Melaka bahawa terdapat pelbagai bangsa […]

» Read more

Perak Bentang Belanjawan 2025 Berjumlah RM1.52 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah

IPOH, 29 Nov – Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion melibatkan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM981.8 juta dan pembangunan RM538 juta, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad ketika membentangkan belanjawan bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ berkata fokus belanjawan merangkumi lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan […]

» Read more
1 127 128 129 130 131 414