PRN Sabah: Bakal Calon Dinasihat Isi, Semak Borang Sebelum 12 Sept

KOTA KINABALU, 9 Sept – Bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dinasihatkan agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang pencalonan, sebelum hari penamaan calon pada 12 Sept ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Ikmalrudin Ishak berkata, semakan itu boleh dibuat dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat pilihan raya negeri Sabah. Beliau […]

» Baca lanjut

Sentimen Sabah Untuk Sabah ‘Permainan’ Tidak Ikhlas, Propaganda Politik – Shahril

KOTA KINABALU, 9 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berkata, persepsi yang diangkat oleh pihak lawan seperti ‘Sabah untuk Sabah’ adalah satu ‘permainan’ yang tidak ikhlas untuk rakyat. Jelas beliau, ini amat berbeza dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) kerana walaupun memberi kuasa autonomi kepada Sabah namun hubungan antara UMNO/BN Sabah dengan Semenanjung bukanlah sesuatu yang dirahsiakan. “Ini kerana Sabah […]

» Baca lanjut

Semangat Jitu, Komitmen Tinggi Jentera Lengkapkan BN Sabah Hadapi PRN – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU, 8 Sept – Semangat permuafakatan yang kukuh dan komitmen yang tidak berbelah-bahagi daripada pelbagai peringkat jentera parti akan menghasilkan satu keputusan yang cukup bermakna kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sekaligus akan memberi impak kepada rakyat negeri berkenaan. Justeru Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan Pelancaran Jentera Pilihan […]

» Baca lanjut

Calon PRN Sabah: Ahmad Zahid Yakin Pemimpin BN Faham Kerusi Ditandingi Terhad

KOTA KINABALU, 8 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pemimpin parti itu akan memahami pemilihan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dibuat berdasarkan peruntukan bilangan kerusi yang terhad. Katanya meskipun ramai calon berpotensi untuk diketengahkan pada PRN itu, BN akan memilih yang terbaik dalam kalangan terbaik untuk bertanding. “Saya jangkakan kali ini […]

» Baca lanjut

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan 33 ADUN Berhubung Pembubaran DUN Sabah

PUTRAJAYA, 8 Sept – Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan dikemukakan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai. Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim yang juga dianggotai Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Supang Lian, turut […]

» Baca lanjut

‘Track Record’ BN Terajui Sabah Yang Terbaik… Rakyat Dibela, Diberi Perhatian – Zahid

  KOTA KINABALU, 8 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ‘track record’ (rekod perkhidmatan) parti itu dalam menerajui kerajaan di Sabah sebelum ini telah membuktikan bahawa ianya adalah yang terbaik. Menurut beliau hakikat berkenaan menyebabkan rakyat Sabah rindukan parti itu semula untuk menerajui negeri berkenaan kerana pelbagai pembangunan dan kebajikan untuk rakyat telah […]

» Baca lanjut

PRN Sabah: Masa Untuk Tebus Maruah, Bela Nasib Rakyat – Bung Moktar

  KOTA KINABALU, 8 Sept – Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah platform terbaik untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) menebus maruah yang diinjak selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Ujar beliau, PRN ini juga adalah masa untuk menentukan masa depan Sabah menjadi lebih baik selepas rakyat […]

» Baca lanjut

PRN Sabah: Jentera BN Siap Sedia Pastikan Sokongan Pengundi

KOTA KINABALU, 8 Sept – Barisan Nasional (BN) siap sedia laksana gerak kerja bagi memastikan pengundi-pengundi Sabah bersama dalam arus perjuangan dengan melancarkan jentera BN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 Sept depan. Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan jentera BN di sini hari ini yang menandakan bahawa parti tersebut bersedia berdepan […]

» Baca lanjut

Peguam Berhujah Mahkamah Perlu Putuskan Kesahihan Pembubaran DUN Sabah

PUTRAJAYA, 7 Sept – Seorang peguam memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai adalah isu perlembagaan yang penting dan perlu diputuskan oleh mahkamah. Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leonard David Shim telah terkhilaf di sisi undang-undang apabila menafikan permohonan 33 […]

» Baca lanjut
1 84 85 86 87 88 414