PRN Sabah: 58 Peratus Keluar Mengundi Setakat 3 Petang – SPR

KOTA KINABALU, 26 Sept – Sebanyak 58 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat 3 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jumlah itu meningkat empat peratus berbanding pada 2 petang. SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini. Sebanyak 2,540 […]

» Read more

Bung Moktar Hargai Petugas Hari Mengundi PRN Sabah

KINABATANGAN, 26 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menghargai semua petugas dalam memastikan proses mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini berjalan lancar. Beliau berkata mereka termasuklah petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), anggota pasukan keselamatan dan kesihatan yang bertungkus lumus memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi oleh semua pihak dalam mengekang […]

» Read more

PRN Sabah: 41 Peratus Keluar Mengundi Setakat 12 Tengah Hari – SPR

KOTA KINABALU, 26 Sept – Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sehingga 12 tengah hari ialah sebanyak 41 peratus sejak pusat pengundian dibuka pada 7.30 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jumlah itu meningkat berbanding 32 peratus pada 11 pagi seperti diumumkan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebentar tadi. SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 […]

» Read more

Tanda Pagar #PRNSabah Warnai Hari Pengundian PRN Sabah

KOTA KINABALU, 26 Sept – Platform media sosial digunakan pengundi untuk berkongsi perjalanan proses pengundian bagi merakam peristiwa bersejarah memilih pentadbiran kerajaan negeri yang baharu dalam suasana pandemik COVID-19. Tanda pagar (Eng: hashtag) #PRNSabah #SabahMemilih #SabahBangkit digunakan pengundi khasnya golongan muda dengan memuat naik gambar di akaun Twitter, Facebook dan Instagram, mulai dari sesi mengimbas kod aplikasi MySejahtera sewaktu tiba […]

» Read more

PRN Sabah: Proses Pengundian Berjalan Lancar

KOTA KINABALU, 26 Sept – Proses pengundian berjalan lancar dengan menyaksikan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi setiap pengundi termasuk memeriksa suhu badan, penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka. SPR dan Kementerian Kesihatan sememangnya memandang serius cabaran pandemik COVID-19 semasa proses pengundian pada pilihan raya negeri hari ini. Malah, seorang pengundi yang mempunyai suhu […]

» Read more

Penentuan Kerajaan Baharu Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU, 26 Sept – Rakyat Sabah hari ini bakal menentukan siapakah yang akan menerajui negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 setelah tempoh berkempen berakhir semalam. Lebih sejuta rakyat Sabah bakal membuat pilihan masing-masing dalam suasana pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Seramai 447 calon daripada 15 parti politik termasuk 56 calon […]

» Read more

PRN Sabah : 2,540 Saluran Mengundi Dibuka Mulai 7.30 Pagi

KOTA KINABALU, 26 Sept – Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7.30 pagi ini bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.  Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, akan dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat pada 5 petang. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca pada […]

» Read more
1 76 77 78 79 80 431