PRN Sabah: 41 Peratus Keluar Mengundi Setakat 12 Tengah Hari – SPR

KOTA KINABALU, 26 Sept – Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sehingga 12 tengah hari ialah sebanyak 41 peratus sejak pusat pengundian dibuka pada 7.30 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat berbanding 32 peratus pada 11 pagi seperti diumumkan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebentar tadi.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.