Bersalaman

Kota Kinabalu, 9 September–Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bersalaman dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika mengadakan kunjungan hormat di Bangunan UMNO Sabah di sini tengahari ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Surat Terbuka UMNO Kepada YB Mujahid Agar Tegas Pertahan Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, 8 Sept – UMNO melalui Ketua Pergerakan Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah menulis surat terbuka yang ditujukan khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkaitan hal yang menjadi polemik dalam masyarakat hari ini iaitu hukuman sebat ke atas dua pesalah lesbian. Berikut surat terbuka beliau: Awalnya saya sedikit […]

» Read more

Gaji Minimum RM1,050 Tanda Ekonomi Negara Di Bawah PH Semakin Nazak – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Pengumuman Kerajaan menaikkan kadar gaji minimum negara dari RM1000 kepada RM1,050 atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Jan 2019 menunjukkan ekonomi negara sedang berada dalam keadaan tenat di bawah Pakatan Harapan (PH), kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Katanya, ringgit merudum, pendapatan negara berkurangan, projek pembangunan banyak yang terhenti menandakan kita akan memasuki […]

» Read more

Lepas dan Bebas LGE: Siapa Akan Percaya Penjelasan Pejabat Tommy Thomas?

BATU PAHAT, 5 Sept – Sebagai rakyat biasa, membaca penjelasan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan menyebabkan lagi tidak percaya terhadap kemampuan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan keadilan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. “Apa yang boleh disimpulkan, pejabat Peguam Negara memang sudah memasang niat […]

» Read more

Musa Angkat Sumpah Sebagai Adun Sungai Sibuga

KOTA KINABALU, 5 Sept – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Majlis angkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali itu selesai pada pukul 3. 33 petang. Bercakap kepada pemberita kemudian, Musa mengucapkan terima kasih kepada […]

» Read more

Penarikan Balik Kes Rasuah Guan Eng Beri Implikasi Negatif Terhadap SPRM

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penarikan balik kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memberi implikasi yang besar kepada SPRM di mana memperlihatkan seolah-olah Peguam Negara tidak mempercayai siasatan SPRM. Jelas Ahli Parlimen Bera itu, penarikan balik kes rasuah tersebut juga secara tidak langsung merupakan satu penghinaan terhadap kredibiliti agensi […]

» Read more

PRK Balakong: Cadangan Naikkan Elaun Kehadiran Adun Tidak Masuk Akal-Tan

BALAKONG, 4 Sept – Cadangan menaikkan elaun kehadiran persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai galakan kepada wakil rakyat adalah sesuatu yang tidak munasabah, kata calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong Tan Chee Teong. Membidas cadangan yang dikemukakan Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim itu, Tan berkata ini kerana menghadiri persidangan DUN adalah tugas asas setiap wakil […]

» Read more

PRK DUN Seri Setia: Pas Zahir Penghargaan Kepada UMNO, MIC Dan NGO

SHAH ALAM, 2 Sept – Pas menzahirkan penghargaan kepada parti UMNO, MIC serta badan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta berkempen untuk calon Pas, Dr Halimah Ali di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, ujar Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Jelasnya, keseluruhan jentera kempen yang mewakili blok pembangkang dari setiap negeri termasuk Sabah […]

» Read more

Allahyarham Jamaludin Jarjis Dan Harta Peninggalannya

Saya melihat ramai bertanya mengenai harta peninggalan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis yang dianggarkan berjumlah RM2.1 bilion. Ada juga yang menuduh bahawa hubungan Allahyarham dengan saya ialah punca kekayaan Allahyarham. Agak sedih pelbagai tuduhan dilempar kepada Allahyarham yang tidak dapat menjawabnya segala tohmahan serkap jarang tanpa usul periksa. Sebenarnya, apabila saya menjadi Perdana Menteri, Allahyarham Jamaludin sudah dikenali sebagai […]

» Read more

Najib Cabar Tubuh RCI, Tun M ‘Pengecut’? – Puad

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Cabaran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap segala dakwaan PH berlaku penyelewengan ketika zaman pentadbirannya adalah bukan satu cabaran yang kecil dan boleh dipandang ringan, jelas Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Menurutnya, empat isu besar yang sering […]

» Read more
1 418 419 420 421 422 426