Lepas dan Bebas LGE: Siapa Akan Percaya Penjelasan Pejabat Tommy Thomas?

BATU PAHAT, 5 Sept – Sebagai rakyat biasa, membaca penjelasan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan menyebabkan lagi tidak percaya terhadap kemampuan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan keadilan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Apa yang boleh disimpulkan, pejabat Peguam Negara memang sudah memasang niat untuk menggugurkan kes Lim Guan Eng ini.”
Katanya, kalau semata-mata mengatakan “tidak boleh menang” sebelum perbicaraan kes “berprofil tinggi” seperti ini diteruskan, nampak sangat muslihat politiknya.

“Rakyat tetap membandingkan kes ini dengan kes Khir Toyo yang telah pun dipenjarakan. Kenapa tidak menjelaskan perbandingan ini.

“Bila Datuk Hanafiah mengatakan Tommy Thomas tidak terlibat dalam keputusan pengguguran kes, lagi rakyat tidak percaya. Mana munasabahnya dia sebagai Peguam Negara tidak tahu dan tidak terlibat.

“Seperti juga rakyat tidak percaya Perdana Menteri (PM) tidak terlibat. Apatah lagi apabila dia tetap melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Mahukah Tun Mahathir, melihat Guan Eng yang membantunya menjadi PM dibicarakan ketika menjadi Menteri? Sebab itu “pengguguran sepenuhnya”,” katanya dalam kenyaatn hari ini

Tegasnya, mesti ada tangan ghaib sekarang ini maka sebab itu Peguam Negara dan SPRM terburu buru mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga salinan kertas pertuduhan tidak sempat disediakan, bahkan ada pertuduhan tambahan pula selepasnya.

“Kini Tommy Thomas dikenali sebagai AG disebalik tabir. Dia “outsource” atau menswastakan pendakwaan Najib kepada Peguam Datuk Sulaiman Abdullah Iyer dan Datuk Seri Gopal Seri Ram.

“Tidak menghairankan dia menswastakan pula kepada Datuk Mohamad Hanafiah untuk umumkan sahaja pengguguran kes Lim Guan Eng ini. Sebenarnya dia terlibat.

“Kalau semua mahu diswastakan elok Tommy Thomas letak jawatan. Datuk Masri Daud Timbalan Pendakwaraya kata, AG boleh merayu keputusan Mahkamah tapi jangan harap AG akan merayu.”

Bidasnya, mana maruah Ahli Parlimen Kerajaan PH yang membisu.

“Ya, kalau ada air muka SPRM juga perlu bertindak. Lawan balik. Jika tidak, AG dan SPRM sama sahaja. Bersubahat , berlakon dan 2X5,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.