Salleh Mohon Sertai Semula UMNO – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 1 Julai – UMNO Sabah sudah menerima surat permohonan bekas Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai semula parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata surat permohonan Salleh itu diterima UMNO Sabah satu atau dua minggu lepas. “UMNO sudah pun menerima permohonan (Salleh) secara rasmi dan saya telah […]

» Read more

Calon PM Dan TPM… Kalau Tidak Terperanjat ‘Beruk’, Terperanjat ‘Keralah’ – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Kalau tidak terperanjat ‘beruk’ terperanjat ‘keralah’… itu luahan spontan dan secara sinis Setiausaha Agong UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengenai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Memetik laporan, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dicalonkan secara rasmi sebagai […]

» Read more

Kompleks ICQS Padang Besar Dan Durian Burung Dibuka – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat keputusan untuk membuka Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis dan di Durian Burung, Kedah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata ia akan dibuka bagi kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja. “Agensi-agensi yang terlibat telah dimaklumkan […]

» Read more

Covid-19: Kes Baharu Hanya Satu Angka

PUTRAJAYA, 29 Jun – Kes jangkitan COVID-19 di negara kembali mencatatkan satu angka apabila tiga kes baharu dilapor hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 8,637 kes dengan kebolehjangkitan 182 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kes merupakan penularan dalam negara manakala satu lagi kes import. “Satu kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di […]

» Read more

Beri Kemenangan Besar Kepada BN, Bebas Tiada Kekuatan Bawa Suara Rakyat – Dr Shamsul Anuar

PEKAN, 29 Jun – Pengundi diseru memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain dan menolak calon Bebas di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, kata Pengerusi Akademi UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu, calon BN mempunyai cukup kekuatan yang didokong oleh parti dan disokong pula oleh […]

» Read more

Jeffrey Kitingan Persoal Motif Dr Mahathir Pilih Shafie Apdal Sebagai Calon PM Pembangkang

KOTA KINABALU, 29 Jun – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mempersoalkan motif Tun Dr Mahathir Mohamad mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang membentuk kerajaan. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berpendapat bahawa rancangan itu bukan sahaja untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan […]

» Read more

COVID-19: Kes Baharu Kekal Angka Dua Digit

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada angka dua digit apabila 18 kes positif wabak itu dilapor hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif dalam negara sebanyak 8,634 kes dengan kebolehjangkitan 195 kes.  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 18 kes itu, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan […]

» Read more

Dua Sebab Tun Mahathir Lantik Shafie Apdal Sebagai Calon PM 9

SEMALAM Dr Mahathir mengumumkan cadangan beliau supaya Presiden Warisan, Shafie Apdal menjadi calon Perdana Menteri PH. Mahathir kata DAP dan PAN sudah bersetuju dengan cadangan Shafie Apdal sebagai PM-9 ini. Namun beberapa jam kemudian Presiden PAN, Mat Sabu, dan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perkara di atas perlu dibincangkan di Majlis Presiden PH dahulu. Ini kerana […]

» Read more

Tadbir Negeri Lintang-pukang, Nak Tadbir Negara? Jangan Mimpilah, Bidas Kimanis

PEKAN, 28 Jun – “Mentadbir negeri pun tidak dapat (laksanakan), inikan pula tadbir negara? Jangan mimpilah.” Demikian bidas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin mengenai cadangan seorang pemimpin utama pembangkang mahu menjadikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai perdana menteri. Jelas Mohamad lagi, sejak Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai Shafie mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Negeri […]

» Read more

Tiada Halangan Warga Asing Kerja Atas Vesel

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara dasar tidak menghalang kru warga asing bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan bagi memastikan bekalan ikan negara mencukupi. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata warganegara asing yang terlibat, bagaimanapun, perlu mendapatkan kebenaran keluar negara daripada kerajaan masing-masing terlebih dahulu. Mereka juga […]

» Read more
1 360 361 362 363 364 430