Covid-19: Kes Baharu Hanya Satu Angka

PUTRAJAYA, 29 Jun – Kes jangkitan COVID-19 di negara kembali mencatatkan satu angka apabila tiga kes baharu dilapor hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 8,637 kes dengan kebolehjangkitan 182 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kes merupakan penularan dalam negara manakala satu lagi kes import.

“Satu kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia manakala kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara juga,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Memperincikan kes penularan dalam negara, beliau berkata satu kes dikesan di Selangor melalui saringan praprosedur bagi rawatan penyakit barah darah dan satu kes saringan tempat kerja iaitu di pasar di Sandakan, Sabah.

Noor Hisham berkata sehingga kini, sebanyak empat kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, hanya satu kes memerlukan bantuan pernafasan. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.