COVID-19: SPR Akan Tambah Pusat Daerah Mengundi, Saluran Mengundi Jika PRU15 Diadakan

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menambah pusat daerah mengundi dan saluran mengundi bagi menggalakkan rakyat supaya keluar mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam suasana kebiasaan baharu berikutan pandemik COVID-19. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya berkata perkara itu akan dilaksanakan bagi mengatasi kebimbangan dalam kalangan pengundi […]

» Read more

Saman PH Tidak Berasas, Sekadar Mahu Menyusahkan Musuh Politik? Soal Najib

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Berdasarkan kepada beberapa keputusan kes mahkamah yang berkaitan dana 1MDB, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyimpulkan jika responden tidak melawan, mahkamah akan membenarkan kerajaan lucut hak tetapi apabila pihak responden melawan, peluang untuk kerajaan kalah adalah amat tinggi. Soal Najib, adakah ia bukti bahawa kerajaan terdahulu Pakatan Harapan (PH) semasa […]

» Read more

Kehadiran Ahli Parlimen Pakai PPE Tidak Bermotifkan Politik – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kehadiran Ahli Parlimen ke persidangan Dewan Rakyat dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) kerana masih dikuarantin di rumah adalah untuk memberikan laluan kepada wakil rakyat terbabit menunaikan hak mengundi, dan ia tidak bermotifkan politik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sebelum ini juga, dalam kes-kes tertentu, telah membenarkan mereka yang […]

» Read more

COVID-19: Kes Baharu 1,772, Tiga Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kes harian positif COVID-19 dalam negara terus mencatat empat angka dengan 1,772 kes direkodkan hari ini, menjadikan kumulatif 86,618 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga 12 jam tengah hari ini, sejumlah 1,084 kes sembuh dilaporkan, menjadikan kumulatif 71,681 kes sudah pulih sepenuhnya atau 82.8 peratus daripada keseluruhan […]

» Read more

Pemimpin Komuniti Diminta Periksa Penduduk Yang Perlukan Bakul Makanan – Bung Moktar

KINABATANGAN, 15 Dis – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta pemimpin komuniti untuk memeriksa penduduk di kawasan mereka yang mungkin terlepas bakul makanan yang diagihkan kepada mereka yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata memandangkan ia kawasan Parlimen yang besar, wujud sedikit masalah dalam penyaluran bantuan makanan […]

» Read more

Kelulusan Belanjawan 2021 Penting, Demi Kesejahteraan Rakyat – PM

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Sokongan ahli Parlimen terhadap Belanjawan 2021 membuktikan mereka menyedari kepentingan belanjawan itu untuk program rakyat, dengan keutamaan ialah bagi melawan pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata belanjawan itu juga sangat penting kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan seluruh lapisan masyarakat, terutama golongan B40, M40, golongan rentan serta mereka […]

» Read more

PKPD Kampung Desa Bajau, Kampung Dasar Baru Dilanjut Sehingga 29 Dis

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Desa Bajau dan Kampung Dasar Baru, Lahad Datu, Sabah yang dijadualkan tamat esok akan dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 29 Dis ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 1,439 ujian saringan dan sebanyak 238 kes kumulatif […]

» Read more

i-Sinar KWSP: Kriteria/Syarat Pengeluaran Harus Dimansuhkan Sepenuhnya – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bertegas agar kriteria atau syarat bagi pengeluaran dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Sinar haruslah dimansuhkan sepenuhnya. Kata ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ini adalah supaya ahli yang berada dalam kesusahan dan memerlukan akses kepada simpanan mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dalam tempoh masa yang […]

» Read more

Bung Moktar Nafi Kemuka SD Sokong Anwar

KOTA KINABALU, 13 Dis – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menafikan dakwaan, kononnya beliau merupakan antara 10 Ahli Parlimen daripada UMNO yang mengemukakan akuan bersumpah (SD), menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, bukan sesuatu yang mudah bagi seseorang pemimpin politik untuk mendapatkan sokongan dalam bentuk SD, yang mana […]

» Read more

RM11.26 Juta Bagi Teruskan Inisiatif Heart Of Borneo – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Kerajaan komited meneruskan inisiatif Heart of Borneo (HoB) dengan meluluskan peruntukan berjumlah RM11.26 juta bagi melaksanakan projek dan aktiviti di bawah inisiatif itu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) tahun depan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata kesinambungan pelaksanaan HoB di bawah RMK12 itu amat penting selaras dengan matlamat […]

» Read more
1 307 308 309 310 311 428