COVID-19: 20,988 Kes Baharu Hari Ini, Selangor Kekal Tertinggi – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini meningkat kepada 20,988 berbanding 18,762 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook berkata kumulatif kes COVID-19 kini adalah sebanyak 1,786,004 kes. Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,073 kes, diikuti Sarawak (2,992), Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor […]

» Read more

Masa Untuk ‘Rakyat Menguasai Wakilnya’, Perkenalkan Akta Pemecatan Ahli Parlimen

SETELAH 64 tahun kita meraikan kemerdekaan tanah air Malaysia, kini terdapat gejala berleluasa di mana wakil-wakil rakyat membelakangi bukan sahaja parti politik yang memberikan watikah pencalonan kepada mereka, tetapi juga masyarakat akar – umbi yang bersusah payah meraih undi dari pintu ke pintu, malah lebih-lebih lagi rakyat yang telah membuang undi untuk wakil rakyat tersebut di atas kepercayaan perwakilan mereka […]

» Read more

Terus Mara Perkukuh UMNO, Jangan Bernostalgia Kejayaan Masa Lampau – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 31 Ogos – UMNO perlu bijak meneliti perubahan demografi dan melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya untuk mengelakkan parti itu ditolak masyarakat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata meskipun telah banyak kebaikan yang dilakukan oleh UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk rakyat, namun ianya tidak lagi menjadi perkiraan ketika […]

» Read more

COVID: 20,897 Kes Baharu Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Kes harian COVID-19 dalam negara meningkat semula ke paras 20,000 hari ini apabila sebanyak 20,897 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Semalam, kes harian menurun kepada 19,268 kes selepas merekodkan kes harian melebihi 20,000 kes selama enam hari sejak 24 Ogos dengan kes […]

» Read more

PM Ajak Keluarga Malaysia Bersama Pulihkan Negara, Perangi COVID-19

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk bersama-sama memulihkan negara dengan berjuang memerangi pandemik COVID-19 sekali gus memerdekakan Malaysia daripada kegawatan ekonomi dan ketidakstabilan politik. Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2021 yang disambut esok, beliau berkata cabaran serentak iaitu wabak penyakit dan kegawatan ekonomi ketika ini belum pernah ditempuhi pemimpin serta […]

» Read more

Vaksin Cansino, Sinovac Bagi Enam Negeri Belum Capai 50 Peratus Kadar Vaksinasi – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Vaksin dos tunggal CanSino dan Sinovac akan digunakan bagi meningkatkan vaksinasi di enam negeri yang masih mempunyai kadar vaksinasi populasi dewasa lengkap kurang daripada 50 peratus. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Malaysia membeli 3.5 juta dos vaksin CanSino dengan kumpulan pertama 200,000 dos berkenaan telah diterima dan diedar […]

» Read more

Tun Sakaran Tokoh Pemimpin Disegani – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Allahyarham Tun Sakaran Dandai yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh pemimpin yang disegani. Mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan warga Sabah atas pemergiannya, perdana menteri berkata Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan itu mempunyai sumbangan besar dalam pembangunan negara khususnya di Sabah merangkumi pelbagai aspek terutama […]

» Read more

Pemergian Tun Sakaran Satu Kehilangan Tokoh Yang Disegani – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 30 Ogos – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pemergian bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai disifatkan sebagai satu kehilangan tokoh yang amat disegani d negeri ini. Katanya, Allahyarham telah memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan negara khususnya di Sabah yang merangkumi pelbagai aspek siso […]

» Read more

Menteri, Timbalan Menteri Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Agong

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Seramai 30 menteri dan 37 timbalan menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah […]

» Read more
1 267 268 269 270 271 428