Pemergian Tun Sakaran Satu Kehilangan Tokoh Yang Disegani – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 30 Ogos – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pemergian bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai disifatkan sebagai satu kehilangan tokoh yang amat disegani d negeri ini.

Katanya, Allahyarham telah memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan negara khususnya di Sabah yang merangkumi pelbagai aspek siso ekonomi, politik , kebajikan dan agama.

“Allahyarham telah melalui perjalanan yang panjang dalam kerjayanya,sama ada dalam perkhidmatan awam, politik dan dakwah di negeri ini , pemergian beliau sudah tentu dirasai oleh rakyat di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah dalam bidang politik Allahyarham Tun merupakan seorang tokoh yang berperinsip dan setia kepada perjuangan parti

“Saya pernah berkerja di bawah kepimpinan Allahyarham sebagai Ketua Menteri, pendekatan sederhana dan mesra rakyat yang menjadi amalan beliau membuatkan Allahyarham bukan sahaja disegani tapi disayangi oleh rakyat,” katanya.

Dalam bidang agama pula Bung Moktar berkata Alllahyarham Tun Sakaran adalah ikon yang boleh dijadikan contoh dalam aktiviti dakwah terutamanya usaha untuk mengembangkan syiar islam di negeri ini melalui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang beberapa panggal beliau pernah terajui sebagai Yang Dipertua.

“Saya bersama kepimpinan UMNO Sabah merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun, terutama kepada isteri beliau, Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Siti Rukaiyah Abdullah atas pemergian suami beliau. Jasa Tun kepada Sabah amat besar. Moga roh dicucuri rahmat,” tambah Bung

Sakaran Dandai, 91 disahkan meninggal dunia 5.30 pagi (isnin) di Hospital Gleneagles susulan dijangkiti Covid-19.Jenazah telah diuruskan di Masjid Negeri dan dimakamkan di Makam Pahlawan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.