Jumlah Individu Hilang Pekerjaan Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Jumlah individu yang kehilangan pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan yang akan diajukan Su Keong Siong (PH-Kampar) kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Su turut bertanya […]

» Read more

RMK12: Bung Moktar Cadang Peruntukan Salur Terus Kepada Kerajaan Negeri

KOTA KINABALU, 28 Sept – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan peruntukan untuk Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) disalurkan terus kepada kerajaan negeri agar dapat diselaraskan oleh jabatan atau agensi berkaitan. Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata ini bagi memastikan RMK12 dilaksana dengan lancar kerana kerajaan negeri lebih memahami demografi dan keperluan […]

» Read more

Kerajaan Perlu Laksana GST Untuk Kurangkan Jurang Pendapatan, Tarik Pelabur – Najib

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berpendapat kerajaan perlu melaksanakan semula sistem cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secepat mungkin sebaik negara pulih daripada pandemik COVID-19 bagi mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan asing dan mengukuhkan fiskal negara. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan berkata pelaksanaan GST mampu menyasarkan ‘ekonomi gelap’ […]

» Read more

RMK-12 Rapatkan Jurang Pembangunan Selaras Dengan Konsep Keluarga Malaysia – Bung

KOTA KINABALU, 28 Sept – Timbalan Ketua Menteri I Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub di Dewan Rakyat Isnin lepas sebagai komitmen kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara Sabah Sarawak dengan Semenanjung. Katanya melalui peruntukan lebih RM9 bilion iaitu RM4.66 bilion untuk Sabah dan RM4.47 […]

» Read more

Agenda Bumiputera, Keluarga Malaysia Terus Diperkasa – PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan agenda Bumiputera akan terus diperkasa dan tidak akan diabaikan, sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak dan keistimewaan Melayu dan anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain. Perkara itu dinyatakan dalam Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia iaitu fokus […]

» Read more

Kes Baharu Terus Berkurang Kepada 10,959 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kes baharu COVID-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 12 tengah hari ini terus mencatatkan pengurangan dengan 10,959 kes dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosialnya memaklumkan kes baharu itu berkurangan sebanyak 2,145 kes, berbanding 13,104 kes semalam. “Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif […]

» Read more

RMK12 Bawa Keluarga Malaysia Ke Hadapan, Struktur Semula Ekonomi – PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang merangkumi separuh pertama pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bakal membawa Keluarga Malaysia ke hadapan dengan menstruktur semula ekonomi negara sebagai asas kepada kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelan pembangunan 2021-2025 dengan objektif ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’ bertujuan menangani isu semasa, memulih serta merancakkan semula pembangunan […]

» Read more

RMK-12 Penting Untuk Masa Depan, Sediakan Negara Kalis Krisis – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menekankan bahawa dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) 2021-2025 penting kepada masa hadapan negara. Ini kerana katanya, ekonomi Malaysia perlu disedia supaya kalis krisis di samping ekonomi rakyat yang mesti dipulihkan kepada keadaan sebelum COVID-19 malah lebih baik dari itu. “Jurang pembangunan antara negeri perlu didekatkan dan jurang pendapatan […]

» Read more

Bung Moktar Nafi Kelirukan Dewan Rakyat Isu Penamatan PDP Pan Borneo

KOTA KINABALU, 25 Sept – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan dakwaan mengelirukan Dewan Rakyat apabila beliau berhujah bahawa tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan menamatkan perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi projek lebuhraya Pan Borneo di Sabah merupakan satu kesilapan besar. Sambil mempertahankan kebenaran perkara itu, beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata […]

» Read more

Tamatkan PDP Tanpa Sukuk, Bon Sukarkan Pembinaan Pan Borneo

KOTA KINABALU, 25 Sept – Tindakan kerajaan terdahulu membatalkan Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Sabah tanpa terlebih dahulu mendapatkan sukuk atau bon, menimbulkan kesukaran dalam pelaksanaan projek itu terutama bagi aspek pembiayaan. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata dengan ketiadaan sukuk atau bon, pembiayaan projek itu kini terpaksa bergantung kepada peruntukan […]

» Read more
1 261 262 263 264 265 426