Tiada Negeri Dikecualikan Terima Bantuan SWCorp- Reezal Merican

MARAN, 23 Dis – Semua negeri terjejas banjir akan menerima bantuan pemulihan dan pembersihan meskipun tidak mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Memberikan jaminan itu, beliau berkata negeri Selangor misalnya yang tidak mengguna pakai Akta 672 tetapi diberikan bantuan pemulihan melalui Perbadanan […]

» Read more

Mengurus Musibah… Pentingnya Kerajaan Stabil Bukan Retorik Politik

BANJIR yang melanda negara sekarang ini terus meningkat dengan angka sehingga 21 Dis ialah 71,876 mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tujuh negeri, dengan Selangor dan Pahang antara yang terjejas teruk. Di laman media sosial pula rancak dengan pelbagai pihak meluahkan rasa dan tentunya yang paling tidak menyenangkan apabila terdapat tindakan saling menuding jari. Sememangnya, dalam […]

» Read more

Perak Kaji Lebih Banyak Kawasan Untuk Diiktiraf Geopark Kebangsaan

IPOH, 21 Dis – Perak akan mengkaji lebih banyak lokasi bersejarah yang berpotensi diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan baharu selepas Lenggong dan Geopark Kebangsaan Lembah Kinta. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya turut mengenal pasti dan memastikan lokasi berkenaan memenuhi kriteria ditetapkan di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan yang diterajui kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). […]

» Read more

Bayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID RM1.2 Bilion, Isnin Ini – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sebanyak RM300 akan dibuat pada Isnin ini (20 Dis) melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana menteri berkata dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion yang menzahirkan komitmen […]

» Read more

RUU MA63: Abang Johari Zahir Penghargaan Kepada Ahli Parlimen

SARATOK, 15 Dis – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengalu-alukan dan menzahirkan penghargaan atas kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat semalam. Justeru, beliau amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen kerana memberi sokongan kepada RUU Pindaan itu yang menyaksikan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia […]

» Read more

Pindaan RUU 342 Wajar Diteliti Semula – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cadangan terhadap pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) wajar diteliti semula, gesa Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Tegasnya, menghukum individu yang melanggar operasi standard seperti gagal memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sehingga denda maksimum RM10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya adalah sangat tidak munasabah. […]

» Read more

Lulus Pinda Perlembagaan Persekutuan Berkaitan MA63 Bukti Semangat Kesatuan

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kelulusan dengan majoriti lebih dua pertiga Rang Undang-Undang (RUU) meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat semalam, bukti semangat kesatuan dalam perbezaan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata kelulusan pindaan itu mencatat satu sejarah baharu dan berharap Keluarga Malaysia di Sabah dan Sarawak dapat merasai semua manfaat serta […]

» Read more
1 249 250 251 252 253 426