Sempena Ulang Tahun Ke-77: UMNO Sedang Pulih dan Bangkit

1. Dalam menuju sambutan Ulangtahun UMNO ke-77, dapat dilihat musuh UMNO terus cuba membina propaganda negatif kerana tidak senang dengan kedudukan UMNO sekarang. 2. Musuh tersebut terus ghairah menanamkan perasaan benci dan prejudis yang melampau dalam pemikiran rakyat terutamanya anak-anak muda kita yang baru sahaja bersemangat dalam menunaikan tanggungjawab demokrasi masing-masing. 3. Permainan persepsi ini diasak-asak sepanjang masa sehingga membentuk […]

» Baca lanjut

Pemuda Gabungan Parti Kerajaan Perpaduan Bakal Lancar Geng Perpaduan Ahad Ini

MELAKA, 9 Mei – Satu jentera baharu iaitu Geng Perpaduan yang melibatkan semua sayap pemuda parti gabungan akan dilancarkan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Ahad ini. Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata penubuhan Geng Perpaduan itu bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam […]

» Baca lanjut

Hayati Perjuangan UMNO, Kekalkan Perpaduan Untuk Depani Cabaran Masa Depan – Suhaimi

SANDAKAN, 9 Mei – Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengingatkan ahli UMNO Sabah agar sentiasa menghayati perjuangan parti, bukannya menjadi gunting dalam lipatan sehingga menggadai maruah untuk kepentingan diri. Beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata sikap buruk segelintir pihak yang suka mengeruh keadaan, mengadu domba dan menghasut orang ramai boleh memusnahkan masa depan anak muda serta merosakkan […]

» Baca lanjut

Ketepikan Perbezaaan Agama Dan Fahaman Politik Untuk Kekalkan Perpaduan – Bung

KOTA KINABALU, 8 Mei – Rakyat di negeri ini perlu mengenepikan perbezaan agama dan fahaman politik jika mahu mengekalkan perpaduan di negara ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata dalam menentukan hala tuju negeri, fokus perlu diberikan dari segi ekonomi serta tadbir urus dan bukannya ketidaksefahaman antara kaum. “Kita boleh berbeza ideologi politik namun dalam […]

» Baca lanjut

MB Perak Kesal Video Kenyataan Isu Tanah Rizab Melayu Dimanipulasi, Disebar

IPOH, 6 Mei – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial sejak kebelakangan ini. Beliau berkata video yang disunting sekerat-sekerat menyebabkan petikan video berkenaan tidak mencerminkan maksud asal kenyataannya berhubung isu berkenaan, sebaliknya ia dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan […]

» Baca lanjut

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Bakal Jadi Titik Wujud Persefahaman, Pertahan Kestabilan Politik

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang bakal berlangsung pada 14 Mei ini bakal menjadi titik tolak dalam mewujudkan persefahaman antara parti politik dan mempertahankan kestabilan negara. Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, konvensyen yang bertemakan ‘Madani: Mewajahi Masa Depan Malaysia’ ini akan bermula seawal jam 10.00 pagi dengan Konvensyen Nasional Wanita dan […]

» Baca lanjut

Sudah-sudahlah Ada Agenda Politik, Hormati Keputusan PRU15 – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Pengarah Koordinasi Pilihan Raya Negeri (PRN) merangkap ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan PRU15 wajar terus dihormati termasuk Kerajaan dan Perdana Menteri yang ada telah berjaya membuktikan keabsahan di Parlimen. Malah jelasnya, belanjawan 2023 juga berjaya diluluskan tanpa sebarang isu dan masalah berbangkit. Beliau berkata demikian berikutan kebelakangan […]

» Baca lanjut

Tradisi Rumah Terbuka Jadi Wadah Rapatkan Hubungan Pelbagai Kaum – Bung Moktar

KINABATANGAN, 3 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menganggap tradisi rumah terbuka sempena meraikan Aidilfitri secara tidak langsung mampu menjadi wadah untuk merapatkan hubungan pelbagai kaum dalam negara ini. Menurut beliau era globalisasi kini sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih sehingga masyarakat tidak lagi bergaul dengan individu di sekelilingnya. […]

» Baca lanjut
1 193 194 195 196 197 419