KPLB Kaji Keperluan Tingkat Jumlah Tadika KEMAS Di Bandar – Mahdzir

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengkaji keperluan memperbanyakkan taman didikan kanak-kanak (tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam bandar, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata bagi memperbanyakkan tadika KEMAS dalam bandar, ia memerlukan ramai kakitangan, dan penambahan tenaga kerja perlu dipohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). “Jumlah tadika KEMAS dalam bandar adalah kecil, dan […]

» Read more

PM Pertimbang Bentang Bajet 2023 Jika Peraturan Benarkan

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau mempertimbangkan untuk membentangkan Bajet 2023 sekiranya perlembagaan dan perundangan membenarkannya. Ismail Sabri berkata beliau akan menunggu nasihat Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sekiranya beliau dibenar membentangkan Bajet 2023 pada 7 Okt nanti, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan perundangan negara. Bercakap kepada pemberita selepas […]

» Read more

Pendakwaan Tarik Balik Surat Mohon Mahkamah Utamakan Kes Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik surat yang dihantar kepada hakim perbicaraan Datuk Collin Lawrence Sequerah supaya memberi keutamaan kepada perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO itu berbanding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob yang mengemukakan permohonan itu memberitahu mahkamah bahawa perkara […]

» Read more

Program Berteraskan Konsep Keluarga Malaysia Menanti Pengunjung Di Jelajah AKM Kedah

ALOR SETAR, 29 Ogos – Pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah pada 2 hingga 4 Sept ini bakal disajikan dengan pelbagai program dan acara yang berteraskan nilai konsep Keluarga Malaysia sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebagai kementerian peneraju penganjuran Jelajah AKM kali ini, kementeriannya bersama pelbagai kementerian dan pihak […]

» Read more

Hakim Nazlan Perlu Disiasat Segera

ISU berkenaan siasatan terhadap hakim Nazlan telah menjadi isu kepentingan awam” kata Mah Weng Kwai , seorang bekas hakim mahkamah rayuan berkenaan kes Nazlan. Ia perlu didedahkan kepada orang awam dan seluruh negara. “Pendedahan berkenaan siasatan terhadap Hakim Nazlan sangat penting kerana ia membabitkan kepentingan awam dan juga nama baik kehakiman” ujar Mah. Mah Weng Kwai bukan calang calang individu, […]

» Read more

Elaun Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela Naik Kepada RM800

SERDANG, 28 Ogos – Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela daripada RM500 kepada RM800, yang akan melibatkan 9,439 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), demikian umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Berucap di hadapan kira-kira 7,000 warga KEMAS pada Majlis Perhimpunan Perdana Sambutan 60 Tahun KEMAS di sini, Ismail Sabri berkata kerajaan juga bersetuju menaikkan bantuan […]

» Read more

Laporan Ada Kata Dua Palsu Sama Sekali, Agenda Pecah Belahkan UMNO – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa laporan-laporan media mengatakan ada kata dua, ada ‘ultimatum’ dan sebagainya adalah palsu sama sekali. Malah bidasnya laporan berasaskan ‘sumber’ semata-mata mensensasikan cerita tidak sepatutnya dijadikan asas untuk melapor berita. “Butiran perbincangan dalam mesyuarat ialah rahsia. Sebagai pemegang jawatan, kami tidak boleh membocorkan butiran semata-mata mahu menjadi ‘reporter’. “Tetapi […]

» Read more

Kerajaan PH 22 Bulan: Penyelamat Atau Perosak Sistem Keadilan, Rule Of Law Dalam Negara?

HARI ini ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) mendabik dada kononnya merekalah yang berjaya mengembalikan sistem keadilan dan ‘rule of law’ dalam negara. Sebaliknya, rakyat pasti tidak lupa bagaimana hanya dalam tempoh 22 bulan sahaja memerintah, PH mengeksploitasi kuasa untuk memanipulasi sistem keadilan dan prinsip ‘rule of law’. Antara perkara-perkara utama yang dilakukan: 1. Menukar Peguam Negara dengan melantik Peguam Dap […]

» Read more

Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan

SAYA ingin menyatakan kepada Mahkamah Yang Mulia ini mengenai kedudukan saya dalam permohonan rayuan ini. Walaupun saya adalah pemohonnya, tetapi pada waktu yang sama berasa was-was. Sepanjang minggu lalu, saya telah melihat dari kandang tertuduh betapa peluang saya dalam rayuan ini perlahan-lahan pudar. Bukan kerana kurang merit tetapi kerana saya tidak lagi diwakili. Walaupun Mahkamah Yang Mulia ini tidak membenarkan […]

» Read more

UMNO/BN Perlu Terus Manfaat Media Sosial, Jawab Segala Tohmahan Lawan – Helmy

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu memanfaatkan sepenuhnya media sosial dan mempertahankan kepimpinan parti yang berterusan menerima tohmahan daripada pihak lawan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem. Katanya UMNO/BN perlu mengaplikasi perkembangan media sosial untuk berperanan sebagai pembela parti dan rakyat bagi menangani pelbagai isu ketika ini. “Pada waktu ini UMNO/BN […]

» Read more
1 94 95 96 97 98 309