Kerajaan PH 22 Bulan: Penyelamat Atau Perosak Sistem Keadilan, Rule Of Law Dalam Negara?

HARI ini ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) mendabik dada kononnya merekalah yang berjaya mengembalikan sistem keadilan dan ‘rule of law’ dalam negara.

Sebaliknya, rakyat pasti tidak lupa bagaimana hanya dalam tempoh 22 bulan sahaja memerintah, PH mengeksploitasi kuasa untuk memanipulasi sistem keadilan dan prinsip ‘rule of law’.

Antara perkara-perkara utama yang dilakukan:

1. Menukar Peguam Negara dengan melantik Peguam Dap Tommy Thomas.

2. Melantik Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya yang waktu itu merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR (tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia KP SPRM dilantik di kalangan pimpinan parti politik.

3. Campurtangan PH dalam menukar Ketua Hakim Negara kepada calon pilihan mereka Tan Sri Richard Malanjun hingga mendapat kritikan hebat daripada Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid yang menyifatkan campurtangan Eksekutif dalam perlantikan Hakim. Ini juga disahkan oleh Tommy Thomas dalam bukunya. (https://www.bharian.com.my/…/jawatan-ketua-hakim-negara…)

4. Selepas Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM berjaya ditukar Kerajaan PH, bermulalah episod pendakwaan politik ke atas musuh-musuh politik PH.

5. Kes-kes melibatkan pemimpin-pemimpin PH satu persatu ditarik balik atau dibuang begitu sahaja walaupun ada yang sudah separuh jalan dibicarakan di mahkamah. Antaranya:

(1) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, kerana memuat naik poster palsu yang memaparkan foto Datuk Seri Najib Razak menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2018.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/sivarasa-bebas-tuduhan-muat-na…

(2) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kampar dari Dap, Thomas Su Keong Siong, kerana menganjurkan perhimpunan haram menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Julai 2018.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/ahli-parlimen-kampar-dilepas-d…

(3) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim, kerana menghasut menyebabkan beliau dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27 Julai 2018.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/tuduhan-menghasut-ahli-parlime…

(4) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, bekas Naib Presiden PKR, N Surendran, dan kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar, kerana menghasut menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Julai 2018.

Sila rujuk: https://www.mstar.com.my/…/s…/2018/07/30/zunar-bebas-tuduhan

(5) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap peguam, Eric Paulsen, dan bekas Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan, kerana menghasut menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2018.

Sila rujuk: https://malaysiagazette.com/…/eric-paulsen-bekas-setiausah…/

(6) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Abdul Ghafar, kerana menghasut menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 Ogos 2018.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/tamrin-ghafar-dilepas-dibebas-…

(7) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dari Dap, Lim Guan Eng, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, kerana melakukan rasuah menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/mahkamah-bebaskan-guan-eng-li-…

(8) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap pereka grafik, Fahmi Reza, kerana memuat naik imej badut menyerupai Datuk Seri Najib Razak di Instagram miliknya menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2018.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/fahmi-reza-lepas-bebas-tuduhan…

(9) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa dari Dap merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, dan bekas Ahli Parlimen Stampin dari Dap, Julian Tan Kok Ping, kerana melibatkan diri dalam demonstrasi haram menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuching pada 17 Disember 2018.

Sila rujuk: https://www.utusanborneo.com.my/…/chong-tan-dilepas-dan-dib…

(10) Membatalkan arahan untuk mendakwa peguam, Siti Zabedah Kassim, kerana menunjukkan isyarat lucah menyebabkan beliau tidak jadi didakwa pada 11 Februari 2019.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/529764/siti-kassim-tidak-jadi-…

(11) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, kerana menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) di akaun Facebook miliknya menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 27 Februari 2019.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/rafizi-ramli-dilepas-dibebas-s…

(12) Tidak membuat bantahan terhadap representasi peguam aktivis, Haris Ibrahim, atas hukuman kerana menghasut menyebabkan beliau dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 9 Oktober 2019.

Sila rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/…/aktivis-haris-ibrahim-…/

(13) Mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap ADUN Seremban Jaya dari Dap, P Gunasekaran, kerana melibatkan diri dengan kumpulan pengganas LTTE menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Februari 2020.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/gunasekaran-lepas-bebas-tuduha…

(14) Mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap ADUN Gadek dari Dap, G Saminathan, kerana melibatkan diri dengan kumpulan pengganas LTTE menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Februari 2020.

Sila rujuk: http://www.astroawani.com/…/ltte-lapan-lelaki-termasuk-adun

Kesemua mereka ini akhirnya terlepas bebas dan tidak boleh didakwa semula atas prinsip ‘double jeopardy’. Tindak tanduk pemanipulasian kuasa pada zaman PH ini akhirnya merosakkan semula sistem keadilan yang selama 14 tahun sebelumnya telah dibaiki oleh kerajaan kita.

Maka janganlah PH hari ini cuba memanipulasi pemikiran awam pula kononnya merekalah juara. Sedangkan rakyat amat tahu merekalah perosaknya.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

***********************************

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.