DEB Harus Disemak Semula Bagi Cerminkan Situasi Semasa – Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) harus disemak semula bagi memastikan dasar berkenaan kekal relevan dengan situasi ekonomi semasa. “Semakan semula itu cadangan yang bagus. Apa juga polisi perlu disemak semula. Tidak ada yang abadi. Setiap sesuatu itu akan berubah dan kita perlu berubah mengikut peredaran masa,” kata Anggota Parlimen Gua […]

» Read more

Perlu Rujuk Pihak Berkuasa Keselamatan Sebelum Mansuh SOSMA

SHAH ALAM, 25 Julai – Sebarang usaha untuk memansuhkan apa jua akta keselamatan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), perlu dirujuk kepada pihak berkuasa keselamatan terlebih dahulu. Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata ini kerana tindakan pemansuhan itu dibimbangi akan mendedahkan negara kepada ancaman keganasan. Jelas beliau, SOSMA yang diluluskan ketika pentadbiran kerajaan BN […]

» Read more

Batalkan SOSMA : Jangan Salahkan UMNO, BN Jika Malaysia Menjadi ‘Negara Koboi’

KUALA LUMPUR, 23 Julai – UMNO memandang serius keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu membatalkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, atau SOSMA. Menurut Presiden UMNO merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penggubalan undang-undang itu adalah semata-mata bertujuan menjaga ketenteraman awam daripada anasir yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, di mana ia tidak langsung […]

» Read more

Zahid Nafi Terlibat Kes Penipuan Pekerja Nepal, Sedia Disiasat

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan pembabitannya dalam syarikat Bestinet Sdn Bhd yang dilaporkan melakukan penipuan pengambilan pekerja dari Nepal, serta bersedia disiasat. Bekas timbalan perdana menteri itu berkata syarikat tersebut bukan miliknya atau anggota keluarganya dan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam syarikat berkenaan. “Sila kemukakan bukti jika saya […]

» Read more

Hina Nabi: Pemuda UMNO, Belia 4B Nibong Tebal Buat Laporan Polis

NIBONG TEBAL, 22 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal dan Gerakan Belia 4B Kawasan Nibong Tebal hari ini membuat laporan terhadap pemilik akaun Facebook bernama Balan Pillai berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam. Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Nibong Tebal […]

» Read more

PRK Sungai Kandis: Peluang Pengundi Tambah Pembangkang Bawa Suara Dalam Sidang DUN

SHAH ALAM, 22 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis merupakan ujian pertama kepada semua parti yang meletakkan calon masing-masing sejurus pasca Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu. Baik Barisan Nasional (BN) mahu pun PKR, tentunya masing-masing dengan azam serta tekad malah yang menjadi tumpuan utama tentunya melihat sejauhmana keupayaan masing-masing dan bagi BN tentunya […]

» Read more

Jawapan Lucu, Tidak Munasabah Menteri Buat Rakyat Makin Kurang Yakin Terhadap Kerajaan

SHAH ALAM, 22 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Ismail Sabri berpandangan bahawa keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan semakin berkurang ekoran menteri-menteri yang kurang kredibiliti, kekurangan ilmu dan tidak munasabah khususnya apabila memberikan jawapan dalam isu-isu semasa seperti kos sara hidup, pendidikan dan sebagainya. Menurut beliau, ini memandangkan banyak kenyataan yang dibuat oleh menteri kerajaan Pakatan Harapan kini seolah-olah […]

» Read more

PRU14: UMNO Kedah Buat Post-Mortem – Jamil Khir

ALOR SETAR, 21 Julai – Kesemua 15 bahagian UMNO di Kedah diminta menghantar laporan post-mortem mengenai punca kekalahan parti di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang baharu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata langkah tersebut bagi membolehkan maklum balas, faktor serta pencerahan berkaitan punca kekalahan parti dapat diketahui dan […]

» Read more

SPR Jangka 80 Peratus Keluar Mengundi, Keputusan 10 Malam

SHAH ALAM, 21 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini sebanyak 80 peratus. Timbalan Pengerusinya Tan Sri Othman Mahmood berkata sebanyak 19 pusat pengundian dengan 109 saluran mengundi akan dibuka pada PRK berkenaan melibatkan 18 buah sekolah dan satu dewan orang ramai. “SPR […]

» Read more

Tidak Mustahil BN Mampu Tawan DUN Sungai Kandis – Lokman

SHAH ALAM, 20 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berkata, PRK kali ini bukanlah sekadar untuk memilih dirinya atau BNl sahaja, tetapi ia merupakan satu interpretasi kepuasan hati pengundi terhadap kerajaan sedia ada hari ini. Kata beliau, PRK ini menjadi kayu pengukur kepada semua rakyat […]

» Read more
1 301 302 303 304 305 313