Tidak Mustahil BN Mampu Tawan DUN Sungai Kandis – Lokman

SHAH ALAM, 20 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berkata, PRK kali ini bukanlah sekadar untuk memilih dirinya atau BNl sahaja, tetapi ia merupakan satu interpretasi kepuasan hati pengundi terhadap kerajaan sedia ada hari ini.

Kata beliau, PRK ini menjadi kayu pengukur kepada semua rakyat Malaysia, sama ada pengundi berpuas hati dengan prestasi kerajaan yang dipilih sejak 9 Mei yang lalu.

“Ini terutamanya dalam menunaikan janji-janji di dalam menifesto yang jelas tidak mampu ditunaikan oleh pihak kerajaan sehingga ke hari ini.

“Saya yakin, rakyat Selangor, khususnya pengundi di DUN Sungai Kandis ini sudah tahu menilai bagaimana sikap kerajaan hari ini yang dilihat sentiasa berdolak- dalik berhubung janji mereka untuk menunaikan manifesto dalam tempoh seratus hari ini.

“Bagi mereka yang mengundi PH pada PRU yang lepas kerana janji-janji yang diberikan, mereka akan membuat keputusan pada 4 Ogos ini sebagai satu manifestasi penilaian mereka terhadap kerajaan baru ini,” jelasnya kepada pemberita semasa majlis pengumuman calon BN di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, di sini.

Beliau mengakui, PRK ini juga merupakan satu cabaran yang besar buat UMNO dan BN dalam keadaan senario politik mutakhir ini.

“Bagaimanapun saya menaruh harapan dan berkeyakinan adalah tidak mustahil bahawa BN mampu memenangi PRK ini berdasarkan apa yang dilakukan oleh kerajaan yang jelas gagal menunaikan janji-janji mereka.

“Tambahan pula, terdapat pergolakkan dalaman yang berlaku di dalam PKR berhubung dengan calon yang dipilih oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, termasuk isyarat dari sahabat-sahabat bukan sahaja dari Pas, dimana ia memberikan satu indikasi positif untuk BN menang di kawasan DUN ini,” jelasnya lagi.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.