Tak Sampai 100 Hari, Kerajaan PH Jadi Bahan Persenda Netizen Di Media Sosial

SHAH ALAM, 1 Ogos – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi bahan lawak netizen di media sosial hari ini adalah disebabkan tindakan menteri-menteri kerajaan yang seringkali membuat kenyataan yang menggelikan hati serta tidak memperlihatkan mereka memiliki pemikiran bertaraf menteri seperti yang sepatutnya. Menurut beliau yang juga seorang pengamal undang-undang, ini terjadi […]

» Read more

Setiausaha Agung UMNO Umum Perubahan Dan Penstrukturan Semula Parti

KUALA LUMPUR, 30 Julai –Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan beberapa perubahan dan penstrukturan semula UMNO Malaysia yang melibatkan penubuhan majlis jemaah penasihat dan sekretariat UMNO. Menurut Annuar, apabila UMNO kini sudah menjadi pembangkang, pimpinan tertinggi UMNO merasakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO perlu memikul tanggungjawab menerusi penubuhan majlis dan sekretariat yang telah diputuskan oleh […]

» Read more

PRK Balakong: Penamaan Calon 18 Ogos, Pengundian 8 Sept

PUTRAJAYA, 30 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Balakong, Selangor pada 8 Sept depan. Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Ogos sementara hari mengundi awal pada 4 Sept. “Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 21 hari bermula pada hari […]

» Read more

SPR Minta Calon BN Turunkan ‘Kain Rentang’ Atas Alasan Tidak Selesa

KLANG, 30 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam memberitahu mendapat perintah daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menurunkan kain rentang yang digantung walaupun tidak berunsurkan fitnah atau provokasi. “Apa yang kita tulis (pada kain rentang) itu cukup sopan, tak ada unsur untuk undang ketegangan kaum, tak […]

» Read more

UMNO Sambut Baik Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan

KLANG, 30 Julai – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad menyokong dan menyambut baik perkenan Majlis Raja-raja menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini. “Kita menyokong dan menyambut baik jawatankuasa ini, mungkin ada yang perlu diperbetulkan […]

» Read more

Himpunan Kebangkitan Ummah Contoh Baik Penganjuran Perhimpunan Aman

JOHOR BAHRU, 29 Julai – Polis berharap Himpunan Kebangkitan Ummah (HKU) yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di Kuala Lumpur, semalam, menjadi contoh yang baik kepada penganjuran perhimpunan aman oleh pihak badan bukan kerajaan. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ini kerana pihaknya dapat menjalankan tugas dengan baik dan mendapat kerjasama daripada peserta […]

» Read more

Mara Perlu Kekal Satu Entiti Berwibawa – Najib

SHAH ALAM, 28 Julai – Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu terus kekal sebagai satu entiti yang berwibawa, kata bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau berkata, jika fungsi MARA dipecahkan kepada beberapa kementerian sudah pasti ia sukar memberi tumpuan kepada pelaksanaan program yang melibatkan agenda Bumiputera. “Macam mana pun kita tidak tahu apa perancangan Pakatan Harapan lagi, […]

» Read more

Pilih Calon BN Pastikan Kerajaan Negeri Lebih Berakauntibiliti – Khairy

  KLANG, 28 Julai – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis harus bijak memilih wakil rakyat baharu kerana sekiranya Barisan Nasional (BN) menang, suara pembangkang akan menjadi lebih kuat bagi memastikan kerajaan negeri lebih berakauntabiliti, kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. “BN boleh tawarkan kepada rakyat di Sungai Kandis kerana kita perlukan jumlah pembangkang yang lebih kuat […]

» Read more

Alasan Bekukan MyBrain Kerana Hutang Satu Pembohongan

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, alasan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malek kononnya pembiayaan untuk program ijazah lanjutan merangkumi MyPHD dan MyMaster iaitu MyBrain terpaksa dibekukan kerana Kerajaan terdahulu meninggalkan beban hutang yang tinggi adalah satu pembohongan. Jelas beliau, alasan tersebut tidak masuk akal kerana Bajet 2018, sebanyak RM90 juta telah diperuntukan […]

» Read more

‘Lawan Dan Lawan’ Serta ‘Undi BN’ Bergema Di Pasar Malam Jalan Kebun

SHAH ALAM, 27 Julai – Lawan…lawan..lawan pakatan…hidup…hidup rakyat…hidup…hidup… hidup BN…undi…undi…undi Lokman, begitulah suasana meriah dengan kempen jentera Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Pasar Malam Lorong Hj Said Jalan Kebun. Menerusi ‘Speaker Corner: Mesej Daripada Pembangkang’ yang berada di tengah-tengah pasar malam terbabit, beberapa penceramah melontarkan pelbagai pandangan dalam usaha megentengahkan calon BN, […]

» Read more
1 298 299 300 301 302 311