Keputusan Hapus GST Punca Kekalutan Dasar Ekonomi Kerajaan PH Hari Ini

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya projek ERCL tidak menguntungkan rakyat, sedangkan sekiranya pelaksanaan projek tersebut diteruskan, kegiatan ekonomi akan melonjak, wujudnya peluang pekerjaan dan meningkat harga tanah di sekitar kawasan tersebut. Sememangnya menurut beliau, projek tranportasi awam seperti ini […]

» Read more

Kerajaan PH Disaran Teruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara

SHAH ALAM, 27 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disaran meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sebagai langkah memperkasa bidang pendidikan tahfiz di negara ini. Pengasas dan pengetua pusat Tahfiz Al-Quran Darul Barakah Datuk Mohd Kazim Elias berkata dasar yang telah dirangka kerajaan terdahulu itu juga dilihat mampu memberi jaminan masa depan lebih baik kepada anak-anak tahfiz. “Semasa saya menjadi […]

» Read more

Jenazah Bekas Pengerusi UMNO Pulau Pinang Selamat Dikebumikan

NIBONG TEBAL, 27 Ogos – Jenazah bekas pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh, di sini pada 5.30 petang. Jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 4 petang diiringi kira-kira 1,000 orang terdiri daripada anggota keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan Allahyarham daripada Barisan Nasional sebelum […]

» Read more

Hishammuddin Sedia Disiasat Berhubung Khidmat Tiga Anggota ATM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersedia disiasat berhubung dakwaan tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih berkhidmat dengannnya walaupun tidak lagi menjadi menteri. Anggota Parlimen Sembrong itu berkata beliau tidak akan menegakkan benang yang basah jika benar wujud kesalahan malah mengalu-alukan sebarang siasatan dalaman yang ingin dilakukan ATM. “Mereka ini […]

» Read more

PRK Balakong: Calon MCA Janji Bawa Isu Tol Ke Sidang Dun Jika Menang

BALAKONG, 23 Ogos – Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Tan Chee Teong mahu tol di beberapa kawasan di laluan keluar dan masuk DUN berkenaan dikurangkan harganya, sekiranya ia tidak dapat dihapuskan kerajaan dalam masa terdekat. Beliau berkata penduduk di DUN berkenaan umpama terperangkap, kerana boleh dikatakan setiap perjalanan mereka perlu melalui maksimum enam tol di sekitar kawasan […]

» Read more

Masalah Teknikal Punca Saluran Air Bersih Bermasalah Di Chuping – MB Perlis

KANGAR, 23 Ogos – Isu bekalan air dihadapi lebih 500 penduduk di Chuping dekat sini berpunca daripada beberapa masalah teknikal antaranya pam janaan elektrik tidak diselenggara dengan baik, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man. Beliau berkata pam air pada tangki-tangki serta paip-paip yang sudah lama dan sering rosak adalah punca masalah air bersih tidak dapat disalurkan dengan baik […]

» Read more

Cerita Sebenar Mengenai 1MDB Harus Diketahui – KJ

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata cerita sebenar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diketahui dan beliau sekali gus menyokong perkara itu disiasat semula Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Beliau menegaskan bukan sahaja rakyat mahu tahu kebenaran mengenai skandal 1MDB, malah Barisan Nasional (BN) dan UMNO juga mahu memastikan ia […]

» Read more

Kerajaan ‘Kakistocracy’ Bukan Sekadar Gelaran,Tapi Realiti Yang Patut Dibimbangi Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menyifatkan barisan kepimpinan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih belum bersedia menjadi pemerintah memandangkan sebahagian besar daripada menteri-menteri mereka tidak tahu sistem pemerintahan itu sendiri. Katanya, memang selayaknyalah kerajaan PH hari ini digelar sebagai sebuah kerajaan ‘Kakistocracy’ yang membawa maksud sebuah sistem kerajaan yang ditadbir oleh satu […]

» Read more

Calon MCA Anak Jati Balakong Tekad Beri Khidmat Terbaik

BALAKONG, 16 Ogos – Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong Tan Chee Teong menganggap peluang bertanding di kubu kuat DAP bukan satu ancaman malah menjadi pemangkin semangat membuktikan kemampuannya untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat. Tan, 40, mengakui meskipun misinya itu dianggap sebagai ‘mission impossible’ oleh rakan-rakannya, namun beliau bertekad untuk masuk ke DUN Selangor […]

» Read more

KJ Harap UMNO Sabah Terus Kekal Bersama BN

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berharap UMNO Sabah yang akan menyertai Gabungan Bersatu Sabah terus kekal bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, beliau memahami keperluan membentuk satu gabungan negeri bagi membawa isu-isu berkaitan Sabah tetapi langkah itu tidak perlu membawa kepada perpisahan. “Mungkin gabungan ini lebih kepada satu platform bagi mereka mengusahakan isu berkaitan […]

» Read more
1 296 297 298 299 300 313