Beri Tiga Bulan ‘Tax Holiday’ Negara Hilang RM11 Bilion.. Itu Tindakan Bodoh Kerajaan PH – Ahmad

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, luahan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah tentang kementeriannya kekurangan bajet sebanyak RM113 juta sehinggakan ada rumah petugas kedutaan yang disaman di Paris, adalah berpunca daripada tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang membatalkan kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tiga bulan lebih awal sebelum memulakan kutipan Cukai Jualan […]

» Read more

Parlimen Sipitang Kekal Milik UMNO

KOTA KINABALU, 16 Okt – Kerusi Parlimen Sipitang kekal milik UMNO manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan Sook masing-masing kekal milik Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Ini susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya membenarkan bantahan awal yang difailkan wakil rakyat UMNO, PBS dan PBRS terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon-calon Parti […]

» Read more

Dasar Kerajaan Yang ‘Flip Flop’ Punca Masalah Harga Dan Lambakan Sawit – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu kejatuhan harga kelapa sawit dan lambakan kelapa sawit yang berlaku di negara ini semenjak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Menurut beliau, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ada menyebut di dalam parlimen bahawa […]

» Read more

Fitnah Terima Dana Dari UMNO, PAS Sedia Disiasat SPRM – Hadi

MARANG, 12 Okt – PAS menegaskan bahawa dakwaan kononnya ada pemindahan dana berjumlah RM2.5 juta daripada UMNO kepada parti itu hanyalah satu fitnah yang bertujuan memburuk-burukkannya. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS berulang kali menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung perkara itu bagi memastikan parti itu bersih daripada sebarang anasir yang tidak baik. “Isu dana dah jawab acap kali […]

» Read more

Zahid Harap Proses Beri Keterangan Kepada SPRM Selesai Hari Ini

PUTRAJAYA, 12 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap proses memberi keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berhubung dakwaan kes penyelewengan dana sebuah yayasan dapat diselesaikan hari ini. “Saya harap begitulah,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita sama ada proses mengambil keterangannya akan selesai sepenuhnya pada hari ini. Ahmad Zahid hadir di SPRM berkenaan selama […]

» Read more

Sidang Kedua Parlimen Ke-14 Berlangsung 30 Hari

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Persidangan Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 30 hari bermula Isnin depan (15 Okt) hingga 11 Dis ini. Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata notis pemberitahuan mesyuarat kepada anggota Dewan Rakyat telah dikeluarkan pada 14 Sept lepas. “Urusan pertama mesyuarat bagi minggu pertama dimulai dengan upacara mengangkat […]

» Read more

Ibu Pejabat UMNO Nafi Digeledah RoS, PDRM Atau SPRM

KUALA LUMPUR, 12 Okt – UMNO menafikan penyebaran kononnya Ibu Pejabat parti telah diselongkar serentak pagi ini oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan memaklumkan bahawa gambar-gambar yang tular menerusi media sosial adalah kerja-kerja penyusunan dan kemaskini fail-fail pentadbiran di Ibu Pejabat UMNO. “Berita yang […]

» Read more

Kaji Semula Kedudukan Norhizam Sebagai Exco

MELAKA, 11 Okt – Kerajaan Negeri digesa agar mengkaji semula kedudukan Norhizam Hassan Baktee sebagai Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Kamaruddin Sidek. Beliau berkata walau apa sahaja sebab diberikan, insiden kekasaran Norhizam terhadap rakyat baru-baru ini tidak boleh diterima terhadap seorang individu bergelar ‘Yang Berhormat’ yang sepatutnya membela kebajikan rakyat. Katanya Norhizam […]

» Read more

Jangan Biarkan Agensi Bernama Rosak Di Atas Ketaksuban Agenda Politik – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 11 Okt – UMNO mempertikaikan pelantikan bekas editor The Rocket milik Dap, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang dianggap tidak bersesuaian dengan pertubuhan itu sendiri. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, biarpun ia agensi berita milik kerajaan, pelantikan seseorang yang aktif dalam politik kepartian bakal menguburkan Bernama […]

» Read more

Tindakan Kerajaan PH Tutup KSIP Tanpa Memaklumkan Arab Saudi Biadap

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) biadap apabila menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSICP) tanpa memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Arab Saudi terlebih dahulu. Jelas beliau yang merupakan pengerusi bersama pusat antiterorisme itu, Arab Saudi sendiri mendapat berita penutupan pusat itu hanya melalui […]

» Read more
1 289 290 291 292 293 312