Perbincangan Buka Semula Sempadan Antarabangsa Masih Berjalan

BERA, 5 Julai – Malaysia masih tidak akan membuka sempadan antarabangsa kepada pelancong dan pekerja warga asing, kerana perbincangan dengan negara yang dikategorikan zon hijau, masih berjalan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam perbincangan itu, Malaysia menekankan untuk memperolehi timbal balas, iaitu kebenaran rakyat Malaysia memasuki negara berkenaan. “Kita mahu timbal balas, iaitu kita buka […]

» Read more

Tiada Isu Diskriminasi Terhadap Pendatang Tanpa Izin Ketika Pengurusan COVID-19 – Adham Baba

KOTA TINGGI, 5 Julai – Kerajaan menyangkal laporan sebuah agensi berita asing yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik COVID-19. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata dakwaan itu tidak berasas kerana Malaysia memperkenalkan PKP untuk menyelamatkan orang ramai daripada COVID-19 tanpa mengira warganegara atau bukan warganegara. […]

» Read more

Kemenangan BN Bukti Keutuhan Kombinasi Muafakat Nasional, Perikatan Nasional

PEKAN, 4 Julai – Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam ini membuktikan Barisan Nasional (BN) masih relevan dan diterima oleh rakyat. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata lambang dacing (BN) tidak lagi diterima rakyat terbukti tidak benar. “Saya yakin enam PRK ini (selepas Pilihan Raya […]

» Read more

PRK Chini: Jumlah Peratusan Mengundi Lepasi Sasaran Walaupun SOP Ketat

PEKAN, 4 Julai – Meskipun wujud kebimbangan penularan COVID-19, ia bukan halangan buat pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menunaikan tanggungjawab, sehingga menyaksikan jumlah peratusan mereka yang keluar mengundi melepasi sasaran ditetapkan iaitu 70 peratus. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sasaran itu berjaya dicapai walaupun pengundi yang terdiri daripada penduduk […]

» Read more

PRK Chini Berjalan Lancar Tetapi Agak Perlahan Patuhi SOP

PEKAN, 4 Julai – Secara keseluruhan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini hari ini berjalan lancar walaupun agak perlahan berikutan prosedur operasi standard baharu yang diperkenalkan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom berkata 23 peratus daripada 20,816 pengundi telah selesai menjalankan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi tadi. “Kami […]

» Read more

Kerajaan Tumpu Usaha Tangani Kelembapan Ekonomi – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Kerajaan sedang memberi tumpuan terhadap usaha bagi menangani kelembapan ekonomi negara sebelum bertindak merangka Belanjawan 2021. Malah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan kementerian terbabit akan turut melibatkan rakyat serta komuniti perniagaan bagi mendapatkan input untuk belanjawan berkenaan. “Masih terlalu awal untuk berbicara mengenai Belanjawan 2021 kerana kita akan hanya mengumumkannya pada […]

» Read more

PRK Chini: 838 Petugas Pastikan Kelancaran Hari Mengundi Esok

PEKAN, 3 Julai – Seramai 838 petugas akan bertugas pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini esok bagi memastikan kelancaran proses pengundian yang perlu dijalankan secara normal baharu. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom berkata persiapan bagi mengadakan PRK DUN Chini esok berjalan lancar dengan beberapa kerja pemeriksaan akhir dilakukan hari ini. […]

» Read more

PRK Chini: Tindakan Tepat BN Letak Calon Muda

PEKAN, 2 Julai – Keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini disifatkan tindakan yang tepat dalam usaha mempertahankan DUN berkenaan selaku kawasan kubu kuat parti itu. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana golongan belia merupakan pengundi majoriti di DUN itu dan calon BN […]

» Read more

Calon BN PRK Chini Berpaksikan Dinamik Politik Semasa – Mohamad

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Walaupun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini boleh dianggap kerusi selamat bagi Barisan Nasional (BN), namun calon yang diketengahkan daripada UMNO mengambil kira perubahan serta dinamik politik semasa hari ini yang telah berubah. Maka di atas dasar itu calon BN, Sharim Md Zain yang merupakan anak peneroka telah dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN […]

» Read more

BN Mengalu-Alukan Penyertaan Semula Salleh Ke Dalam UMNO – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Barisan Nasional (BN) mengambil sikap terbuka dan mengalu-alukan penyertaan semula bekas Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ke dalam parti tersebut (UMNO). Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan tentang permohonan tersebut namun individu berkenaan perlu menjalani beberapa proses yang ditentukan pengurusan tertinggi. “Kita memang ada menerima permohonan […]

» Read more
1 219 220 221 222 223 312