Tukar MB Tiga Kali Sejak PRU14, Cerminan Kegagalan Kepimpinan Politik – Sultan Nazrin

KUALA KANGSAR, 10 Dis – Pelantikan Menteri Besar Perak sebanyak tiga kali sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan sejarah yang perlu dibanggakan tetapi merupakan cerminan kegagalan kepimpinan ahli-ahli politik untuk mendapatkan jaminan sokongan padu secara konsisten. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah kegagalan itu menyebabkan ahli-ahli politik tidak boleh menumpukan fikiran dan tenaga untuk mentadbir urus negeri secara terbaik […]

» Read more

Sekretariat Muafakat Nasional Puji Penyelesaian Kemelut Di Perak

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Mesyuarat Sekretariat Muafakat Nasional malam ini memuji kepimpinan parti Bersatu, UMNO dan PAS di Perak yang berjaya menyelesaikan kemelut politik di negeri itu melalui rundingan. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui selepas mesyuarat itu berkata, mesyuarat malam tadi menyentuh mengenai penyelesaian masalah di Perak serta beberapa perkara rutin yang lain. […]

» Read more

PahangGo Kini Boleh Diakses Tanpa Telefon Pintar

KUANTAN, 9 Dis – Kerajaan Pahang hari ini melancarkan laman web app.PahangGo.com sebagai alternatif kepada aplikasi mudah alih yang diperkenalkan sebelum ini bagi membolehkan rakyat menggunakan perkhidmatan setempat PahangGo tanpa telefon pintar. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata aplikasi PahangGo banyak membantu memudahkan penduduk menyelesaikan urusan tanpa perlu ke kaunter, sekali […]

» Read more

Melaka Bentang Belanjawan 2021 Berjumlah RM520.86 Juta

MELAKA, 9 Dis – Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Perikatan Nasional (PN) buat pertama kalinya membentangkan Belanjawan 2021 berjumlah RM520.86 juta membabitkan bajet keseluruhan berjumlah RM445.86 juta, manakala RM75 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika membentangkan belanjawan itu berkata perbelanjaan mengurus sebanyak RM445.86 juta itu meningkat 14.32 peratus berbanding RM390 juta pada tahun […]

» Read more

Persidangan DUN Perak Ditangguhkan Sehingga Rabu Depan

IPOH, 9 Dis – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini ditangguhkan sehingga 16 Dis depan, berikutan perkembangan semasa politik di negeri itu. Speaker DUN Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata, selain disebabkan perkembangan politik semasa, penangguhan persidangan DUN berkenaan juga dibuat kerana pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 atau Belanjawan negeri, tidak dapat diteruskan. “Memandangkan agenda pembentangan Rang […]

» Read more

Nama Calon MB Daripada UMNO Dipersembah Kepada Sultan Perak, Dapat Sokongan Majoriti – Ahmad Zahid

IPOH, 8 Dis – Calon Menteri Besar Perak yang baharu daripada UMNO bukan sahaja mempunyai sokongan majoriti, malah lebih daripada mencukupi, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata nama calon itu juga telah dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semasa beliau menghadap baginda di Istana Kinta di sini pagi ini. “Itulah (nama calon) yang kita telah persembahkan […]

» Read more

Jawatan Satu Tanggungjawab, Bukan Perebutan – Shahrul Zaman

IPOH, 7 Dis – Jawatan adalah satu tanggungjawab dan bukan untuk perebutan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya, antara nama yang diuar-uar sebagai bakal Menteri Besar Perak yang baharu, hari ini. ADUN UMNO itu juga berkata semua pihak perlu kembali kepada perkara asas iaitu berjuang untuk rakyat dalam apa juga kapasiti yang ada. “Ibu bapa […]

» Read more

Pendakwaan Tidak Terus Kes, Ku Nan Dilepas Tanpa Dibebas

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap […]

» Read more

KWSP Perlu ‘Serupa Bikin’ Dengan Komitmen Menteri Kewangan, Hapuskan Syarat – Pemuda Kedah

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Pemuda UMNO Kedah hari ini melontarkan beberapa persoalan berhubung isu yang mencetuskan polemik di kalangan masyarakat umum mengenai syarat-syarat yang dikenakan berkaitan pengeluaran Akaun Satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagi Ketua Penerangannya Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, jika diimbau kembali kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas yang menyebut […]

» Read more

Johor Mula Hantar Bakul Makanan Untuk Rakyat Malaysia Di Singapura

ISKANDAR PUTERI, 3 Dis – Kerajaan Johor hari ini memulakan misi penghantaran bakul makanan bagi membantu rakyat negeri itu serta pekerja Malaysia yang berada di Singapura. Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata untuk fasa pertama, sebanyak 300 bakul makanan bernilai RM30,000, mengandungi pek ‘makanan sedia makan’, makanan ringan, selimut serta pek penjagaan diri dihantar. “Kerajaan negeri merancang mengagihkan […]

» Read more
1 194 195 196 197 198 312