Saman PH Tidak Berasas, Sekadar Mahu Menyusahkan Musuh Politik? Soal Najib

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Berdasarkan kepada beberapa keputusan kes mahkamah yang berkaitan dana 1MDB, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyimpulkan jika responden tidak melawan, mahkamah akan membenarkan kerajaan lucut hak tetapi apabila pihak responden melawan, peluang untuk kerajaan kalah adalah amat tinggi. Soal Najib, adakah ia bukti bahawa kerajaan terdahulu Pakatan Harapan (PH) semasa […]

» Read more

Lima ADUN Angkat Sumpah, Senarai Exco Perak Lengkap

IPOH, 15 Dis – Teka teki mengenai komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Perak terjawab hari ini selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan, melengkapkan senarai 10 Exco. Lima ADUN berkenaan juga merupakan Exco di bawah pentadbiran sebelum ini iaitu Datuk Abdul Yunus Jamahri (Bersatu-Kuala Kurau), Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Bersatu-Tualang Sekah), Razman Zakaria (PAS-Gunung […]

» Read more

Pemergian Tokoh Melayu Terbilang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz: Negara Kehilangan Permata Berharga

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, 98, sebagai kehilangan sebutir permata yang berharga dalam dunia akademik negara. “Terlalu banyak jasanya kepada negara. “Alfatihah,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook. Manakala di platform media sosial yang sama, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan pula […]

» Read more

Politik Dan Angka Tidak Dapat Dipisahkan, Wujudkan Kerajaan Stabil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan kestabilan politik di dalam sesebuah negara sebenarnya melibatkan angka dan apabila sesebuah kerajaan dibentuk dengan majoriti tipis ianya akan menjadikan sesebuah kerajaan itu tidak stabil. Dengan mengambil contoh negara hari ini yang mana kerajaan terbentuk dengan kelebihan yang cukup tipis ianya menyukarkan kerajaan apabila berlaku pengundian belah […]

» Read more

SD Sokong Anwar: Mohamad Alamin Nafi Tandatangan, Timbang Sudut Perundangan

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menafikan dakwaan telah menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan niat menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Katanya, sebagai peguam, beliau faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat. “Justeru, saya ingin menyatakan bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim […]

» Read more

Usaha Pemulihan Felda Penting, Kembalikan Hak Peneroka

MUAR, 13 Dis – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyifatkan usaha untuk memulihkan kembali FELDA sebagai langkah penting dalam mengembalikan semula hak lebih dua juta peneroka Felda dalam negara. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata apabila kerajaan PN mengambil alih tampuk pentadbiran negara, antara tumpuan utamanya ialah memulihkan agensi berkenaan. “Ini bukan satu masalah kecil dan kerajaan mesti ambil satu […]

» Read more

Kerajaan Tidak Boleh Sekat Pergerakan Orang Ramai Untuk Selama-lamanya – Ismail Sabri

ARAU, 12 Dis – Kerajaan tidak boleh menyekat kebebasan pergerakan orang ramai untuk selama-lamanya ekoran pandemik COVID-19 dan menyeru rakyat mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak berkuasa. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat perlu mengawal diri dan elak daripada dijangkiti virus tersebut. Beliau berkata banyak negara yang tiada kawalan pergerakan, misalnya, Taiwan, […]

» Read more

BN, PN Bertemu Minggu Depan Bincang Kerusi PRU – Annuar

KOTA BHARU, 12 Dis – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan pertemuan pada minggu depan bagi membincangkan beberapa perkara khususnya pembahagian kerusi pada pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata mesyuarat berkenaan yang akan diadakan di ibu negara, dijangka dihadiri pemimpin utama BN dan PN. “Rundingan pembahagian kerusi ini […]

» Read more

Paip Dari Kemaman Atasi Masalah Air Di Kawasan Perindustrian Gebeng

KUANTAN, 11 Dis – Masalah kekurangan bekalan air terawat di Gebeng di sini, dijangka selesai dengan pembinaan paip sepanjang 29 kilometer (km) dari Kemaman, Terengganu ke kawasan perindustrian itu, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata pelaksanaan Projek Pembinaan Paip Agihan Air Kemaman-Gebeng menggunakan peruntukan sebanyak RM115 juta dijangka mengambil masa selama 18 bulan selepas […]

» Read more

Lebih 24,000 Penerima Bantuan Kewangan JKM Di Melaka

MELAKA, 11 Dis – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka telah memberi bantuan kewangan bulanan kepada 24,530 orang bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata daripada jumlah itu, daerah Melaka Tengah merupakan penerima bantuan kewangan paling ramai iaitu […]

» Read more
1 193 194 195 196 197 312