Bantuan Wang Ihsan Dijangka Selesai Diagih Sebelum Hujung Minggu Ini – Ismail Sabri

ALOR GAJAH, 4 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas dengan banjir di seluruh negara dijangka selesai diagihkan sebelum hujung minggu ini. Beliau berkata setakat ini, lebih 70 peratus ketua isi rumah yang terkesan dengan bencana itu telah menerima bantuan berkenaan setakat ini. Perdana Menteri berkata beliau […]

» Read more

Banjir: Perlis Perlu Ambil Iktibar Rancang Pembangunan Negeri

KANGAR, 4 Jan – Perlis perlu mengambil iktibar daripada banjir besar yang berlaku beberapa negeri ketika ini dalam merancang pembangunan bagi mengurangkan risiko berlaku bencana itu. Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata fenomena banjir setiap tahun tidak dapat dielakkan namun risiko dapat dikurangkan jika pengurusan alam sekitar dan pelaksanaan pembangunan khususnya di tempat berisiko dilakukan dengan lebih teliti. “Antara […]

» Read more

Rombakan Kabinet Hanya Spekulasi, Kerajaan Fokus Isu Banjir, COVID-19

ALOR GAJAH, 4 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata tidak akan ada rombakan Kabinet setakat ini, sebaliknya tumpuan kerajaan kini kepada isu yang mencengkam rakyat terutamanya bencana banjir dan pandemik COVID-19. Menyifatkan isu rombakan Kabinet hanya spekulasi semata-mata, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan negara masih dilanda bencana banjir dan COVID-19 yang […]

» Read more

Kabinet Bincang Penangguhan Umrah Esok – PM

SEGAMAT, 4 Jan – Kabinet akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan isu penangguhan umrah seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini, susulan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada mesyuarat itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan membentangkan laporan terperinci mengenainya. “Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma […]

» Read more

Banjir: Peruntukan RM5 Juta Naik Taraf Ban Di Kampung Spang Loi – PM

SEGAMAT, 4 Jan – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menaik taraf ban di Kampung Spang Loi, dekat sini, bagi menangani isu banjir di kawasan ini dan sekitarnya. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ban itu perlu segara dinaik taraf bagi mengelak kejadian banjir di daerah ini pada masa depan. “Hari ini saya mendengar pembentangan daripada Jabatan […]

» Read more

Tarikh Baharu PAU 2021 Diputuskan 12 Jan – Ahmad Maslan

TAMPIN, 4 Jan – Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Jan ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata fokus utama ahli parti UMNO ketika ini adalah membantu penduduk yang terlibat dengan banjir di beberapa negeri termasuk di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, sejak bulan […]

» Read more

JBPM Diminta Beri Keutamaan Kepada Negeri, Daerah Terputus Bekalan – Reezal

SEGAMAT, 3 Jan – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diminta memberi keutamaan kepada negeri dan daerah yang terputus bekalan kerana laluan ditenggelami air. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana banyak laluan yang terjejas teruk dan terdapat mangsa banjir tidak menerima bantuan bekalan asas. “Sebagai contoh, hari ini saya telah pergi ke […]

» Read more

800 Ahli KRT Sedia Digerakkan Bantu Mangsa Banjir Di Johor

KOTA TINGGI, 3 Jan – Seramai 800 ahli Komuniti Rukun Tetangga (KRT) telah bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu mangsa banjir yang kini melibatkan tujuh daerah di negeri ini. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata fokus KRT adalah membantu dalam proses pembersihan dan membuka dapur komuniti untuk menyediakan makanan dan minuman yang diperlukan mangsa banjir. Beliau berkata aktiviti […]

» Read more

DUN Belia Melaka Akan Diwujudkan Seperti Manifesto

MELAKA, 3 Jan – Kerajaan negeri Melaka akan mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Melaka seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Barisan Nasional (BN), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata usaha itu bagi menggalakkan penglibatan golongan berkenaan bagi menyalurkan idea dan pandangan, dalam meningkatkan kecekapan tadbir urus kerajaan negeri. “Ia akan […]

» Read more

Banjir: Kerajaan Cadang Tambah Siren Dilengkapi Amaran Suara

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Kerajaan bercadang menambah jumlah siren yang dilengkapi amaran suara di lokasi-lokasi berisiko berlakunya bencana banjir untuk mengarahkan penduduk berpindah. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata ia merupakan antara cadangan penambahbaikan menghadapi bencana banjir yang dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 (MTL 2021/2022) […]

» Read more
1 128 129 130 131 132 309