Tiada AP Untuk Import Bahan Makanan – PM Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 18 Mei – Kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta merta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi. “Ini akan membolehkan semua pihak untuk mengimport sebarang bahan makanan ke negara ini,” […]

» Read more

Selamat Hari Guru: Johor Peruntuk RM8.88 Juta Untuk Naik Taraf Bilik Guru

JOHOR BAHRU, 16 Mei – Kerajaan Johor telah memperuntukkan sejumlah RM8.88 juta untuk menaik taraf 1,775 bilik guru di seluruh sekolah di negeri itu sebagai tanda penghargaan kepada guru. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata langkah berkenaan bagi memastikan 53,130 guru mempunyai tempat yang selesa dan kondusif setelah selesai menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. “Bagi […]

» Read more

Perhimpunan Agung Khas UMNO Realitikan Suara Akar Umbi, Fokus Demi Masa Hadapan

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO terlakar dalam sejarah parti dengan manifestasi merealitikan hasrat anggota akar umbi demi kelangsungan sebuah perjuangan. Sememangnya, bukanlah sesuatu yang mudah bagi UMNO untuk meminda apa yang telah disuratkan dalam Perlembagaan malah segala pindaan perlu dilakukan dengan persetujuan anggota parti. Lantaran itulah, persidangan khas dilakukan, dengan tertib sebagaimana aturan malah lambang kematangan sebuah pertubuhan yang berteraskan sokongan […]

» Read more

RUU Anti Lompat Parti Pendekatan Progresif – Azalina

PENGERANG, 13 Mei – Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti adalah satu pendekatan progresif bagi Malaysia berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata usaha penggubalan rang undang-undang berkenaan adalah satu perkara positif dibuat di bawah kerajaan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Bagi saya ini satu pendekatan yang […]

» Read more

UMNO Sentiasa Bersama Rakyat, Mainkan Peranan Utamakan Kepentingan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun menegaskan bahawa UMNO sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat khususnya dalam membawa kepada agenda kesejahteraan malah mengakui bahawa polisi dan dasar yang diangkat parti memberi peranan penting sehingga ke hari ini. Beliau turut berkongsi pengalaman bagaimana polisi untuk pembinaan klinik di kawasan bandar yang pada peringkat awalnya amat sukar, […]

» Read more

Kepercayaan Asas Kukuh Kepada Penyatuan, UMNO Bawa Agenda Rakyat – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khaled meletakkan asas kepercayaan dalam kalangan ahli parti sebagai kunci utama untuk parti keramat ini membina landasannya tersendiri bagi membawa perjuangan agama, bangsa dan negara. Katanya, ini kerana kepercayaan memainkan peranan dalam membina asas kukuh kepada penyatuan dalam kalangan ahli parti ini. “Saya diberitahu oleh orang-orang lama termasuk ahli […]

» Read more

838 Peserta KEDA Terima Hak Milik Kediaman Sejak 2015 – Mahdzir

POKOK SENA, 10 Mei – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah melaksanakan proses pindah hak milik kediaman kepada 838 pesertanya sejak 2015. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebanyak 1,940 peserta pula dijangka akan menerima geran hak milik kediaman masing-masing, selepas proses pindah hak milik selesai. “Keseluruhannya KEDA ada 3,862 unit rumah di 44 penempatan KEDA di […]

» Read more

Sukan SEA: Hari Yang Membanggakan Buat Kem Terjun Malaysia – Ketua Kontinjen

HANOI, 8 Mei – Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-31 Datuk Nur Azmi Ahmad menyifatkan hari ini adalah hari yang membanggakan susulan kejayaan kem terjun negara menyumbangkan dua pingat emas dan satu perak di Pusat Akuatik My Dinh di sini hari ini. Beliau optimis skuad terjun kebangsaan mampu meneruskan momentum cemerlang dalam baki enam acara selepas ini sekali gus […]

» Read more

Ketua Menteri: Dakwaan Sulaiman Dipaksa Tandatangan Surat Letak Jawatan Tidak Berasas

MELAKA, 8 Mei – Khabar angin yang mendakwa Datuk Seri Sulaiman Md Ali dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka, adalah fitnah dan tidak berasas. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga tamat penggal seperti mana […]

» Read more

KPT Arahkan Universiti Awam Nilai Semula Aspek Keselamatan Fasiliti Mahasiswa

KOTA BHARU, 5 Mei – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan semua universiti awam di negara ini supaya menilai semula aspek keselamatan fasiliti masing-masing. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kajian menyeluruh termasuk menambah baik struktur bangunan perlu dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang seperti yang menimpa seorang mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM). “Melalui kajian ini, USM […]

» Read more
1 107 108 109 110 111 309