Annuar Seru Ahli Politik Ketepikan Perebutan Kuasa, Tumpu Keselamatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menyeru ahli politik di negara ini agar mengetepikan dahulu perebutan kuasa dan mengutamakan keselamatan rakyat berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini sekarang. “COVID-19 adalah satu perkara yang mana semua negara masih dalam proses memeranginya. Do not take this lightly (jangan pandang ringan perkara ini) dan […]

» Read more

Empat Lagi Kluster Baharu Dikenal Pasti Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Empat kluster baharu COVID-19 dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Meru di Selangor, Kluster Joo Hwa di Sabah, Kluster Selasih di Putrajaya dan Kluster Bah Ketil di Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Jalan Meru dikenal pasti di Klang dengan kes indeks kluster itu (iaitu kes ke-11,148) melibatkan lelaki tempatan […]

» Read more

Monorel Putrajaya: RFP Dibuka Tiga Bulan Lagi

PUTRAJAYA, 1 Okt – Kementerian Wilayah Persekutuan akan membuka ‘permohonan cadangan’ bagi projek pembangunan monorel Putrajaya selewat-lewatnya tiga bulan lagi, bagi membolehkan projek itu diteruskan dengan kerjasama pihak swasta. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, terdapat beberapa syarikat swasta yang telah menyampaikan hasrat untuk membangunkan projek itu dan ada juga yang telah membuat pembentangan kepada Ketua Setiausaha KWP Datuk Rosida […]

» Read more

Ubah Fakta Sejarah Perbuatan Jenayah Intelek, Keilmuan – Sultan Nazrin

IPOH, 1 Okt – Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Baginda bertitah langkah merakam, mencatat, merekodkan dan menyimpan bahan sejarah secara tepat adalah kewajipan yang tidak boleh dikompromikan. “Rekod sejarah yang lengkap berperanan […]

» Read more

Konkrit Hempap Kereta: DBKL Diminta Semak Peraturan Di Tapak Binaan

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kementerian Wilayah Persekutuan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi berkaitan menyemak semula peraturan di tapak pembinaan bagi memperketatkan aspek keselamatan melibatkan orang ramai. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata ia susulan kejadian kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), terjatuh dan menghempap kereta yang sedang dipandu seorang wanita di […]

» Read more

Sukma Johor Diadakan Tahun Depan – Reezal Merican

ISKANDAR PUTERI, 19 Sept – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan bahawa temasya Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 tidak akan dibatalkan. Bagaimanapun, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan termasuk mengadakan Sukan Para Sukma terlebih dahulu dan kemudiannya Sukma. Sebelum ini, temasya dwitahunan terbesar negara yang sepatutnya berlangsung pada Julai, ditangguhkan ke tahun hadapan susulan penularan […]

» Read more

Diberi Dana RM7.6 Bilion, Tapi Shafie Terbukti Gagal Menjaga Sabah – Azeez

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Berikutan pendedahan sebelum ini bagaimana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah diamanahkan dana sebesar RM7.6 bilion untuk Sabah semasa Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tetapi akhirnya gagal menjaga kebajikan rakyat negeri itu, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Ujarnya, […]

» Read more

Portfolio Khas Bukti Komitmen Kerajaan Pusat Mengenai Ma63 – Annuar Musa

LABUAN, 18 Sept – Pembentukan portfolio khusus mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam Kabinet kerajaan pusat membuktikan komitmen pimpinan pusat dalam melindungi hak kedua-kedua negeri tersebut seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan pusat telah menerima isu-isu tertangguh dalam MA63 seperti disuarakan oleh Sabah dan Sarawak. “Ini telah diterima […]

» Read more

Premis Makan Di Kuala Lumpur Boleh Beroperasi Hingga 2 Pagi Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan premis-premis makan dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur beroperasi hingga pukul 2.00 pagi mulai esok. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu selari dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob […]

» Read more

DBP Hargai Tindakan Annuar Perkasa Bahasa Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri TPr Annuar Musa kerana menyuarakan ketidakpatuhan pihak yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam papan iklan. Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata, DBP turut berterima kasih terhadap penyataan Annuar mengenai perlunya papan iklan menggunakan bahasa Melayu yang betul. […]

» Read more
1 68 69 70 71 72 88