Kurang 10 Peratus Peneroka Felda Pahang Belum Terima Suratan Hak Milik Tanah

BERA, 14 Julai – Hanya kurang 10 peratus atau 3,674 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Pahang yang belum menerima suratan hak milik tanah setakat ini. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penyerahan hak milik tersebut akan dilaksanakan kelak dengan kerjasama daripada pihak Felda supaya ia dapat diselesaikan dengan sempurna. “Seramai 39,452 daripada 43,126 peneroka telah […]

» Read more

Peruntukan Hampir RM65 Juta Bantu Peneroka, Generasi Baharu FELDA – PM Ismail Sabri

BERA, 14 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah hampir RM65 juta bagi pelaksanaan lima inisiatif untuk membantu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan generasi baharu tanah rancangan itu dalam pelbagai aspek termasuk perumahan. Inisiatif itu antara lain melibatkan dana berjumlah RM20 juta di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran kepada […]

» Read more

Bantuan Banjir Di Baling Dipantau Supaya Tiada Kelewatan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kerajaan sedang memantau pelaksanaan bantuan yang diumumkan sebelum ini kepada mangsa banjir di Baling, Kedah terutamanya bantuan baik pulih rumah yang terjejas. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemantauan itu bagi memastikan tidak berlaku kelewatan khususnya bantuan membabitkan pembaikan rumah. “Selepas banjir berlaku petang itu (4 Julai), pagi esoknya (5 Julai) itu kita […]

» Read more

PM Umum Peruntukan RM100 Juta Bantu Koperasi Kembang Industri Agromakanan

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Tabung Agromakanan dan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan khususnya penternakan ayam. Perdana Menteri berkata peruntukan itu akan membantu koperasi meningkatkan pengeluaran makanan seterusnya mengurangkan masalah kenaikan harga barang yang memberi impak besar kepada […]

» Read more

Tok Mat Saran BN Sabah Usul Perjanjian Malaysia Baharu Tuntut Hak Negeri

PENAMPANG, 2 Julai – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kepada kepimpinan BN Sabah supaya mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu sebagai jalan ke hadapan yang lebih konkrit ke arah merealisasikan hak dan tuntutan negeri itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Beliau berkata perjanjian baharu itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu dalam memugar seterusnya mengembalikan hak […]

» Read more

Tuntutan Sebidang Tanah Dengan Kedaulatan Sesebuah Negara Amat Signifikan – Mohd Hairi

KUALA LUMPUR, 25Jun –  Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor beranggapan Tun Mahathir tidak memahami makna dan signifikan tuntutan sebidang tanah dengan kedaulatan sesebuah negara. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berpandangan  dalam satu kenyataan, walaupun beliau beranggapan Pulau Batu Putih atau Pedra Branca hanyalah sebesar meja, tetapi Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor berpendirian tanah sebesar meja itulah lambang kedaulatan dan amatlah […]

» Read more

Batal Rayuan Tuntutan Batu Putih Bukti Kegagalan PH Pertahan Kedaulatan Negara

ISKANDAR PUTERI, 23 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata tindakan kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018 yang tidak meneruskan usaha dan prosiding rayuan Pulau Batu Putih membuktikan mereka gagal mempertahankan kedaulatan negara. Katanya, sehingga kini persoalan mengapa Kerajaan Persekutuan yang diterajui PH ketika itu bertindak demikian sedangkan […]

» Read more

Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Rancakkan Pembangunan Kawasan Lama – PM

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Pembukaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya dijangka mencetus dan merancakkan semula pembangunan di kawasan-kawasan lama atau yang belum dibangunkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata melalui pembukaan laluan itu, kerajaan yakin kawasan sepanjang jajaran seperti Jinjang, Sungai Buloh, Kepong dan Bandar Sri Damansara akan membangun lebih pesat, setara dengan kawasan-kawasan […]

» Read more

Presiden Parti Kompenan Tandatangan Tujuh Tekad BN PRU-15

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Tujuh Tekad Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ditandatangani sebelum tirai Konvensyen BN dan Sambutan Ulang Tahun BN ke-48 ditutup hari ini. Acara menandatangani watikah tekad terbabit didahului oleh Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden MIC, Tan Sri Dr S.A. Vigneswaran diikuti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden […]

» Read more
1 50 51 52 53 54 88