Lantikan Ahli Majlis PBT, Ketua Kampung Akan Diselesaikan Segera – Saarani

IPOH, 17 Jan – Kerajaan negeri Perak kini dalam fasa akhir untuk melengkapkan proses pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua-ketua kampung baharu yang akan diselesaikan dalam masa terdekat. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semua pemegang jawatan ahli majlis PBT dan ketua kampung sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2022. “Kita telah keluarkan pekeliling […]

» Read more

Cadangan Tubuh JPKK, JPKKP Dibawa Ke Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan membentangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) pada Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keanggotaan ahli JPKK dan JPKKP yang dibentuk perlu mengambil kira komposisi parti komponen Kerajaan Perpaduan sebagai […]

» Read more

Anjakan Paradigma Mesti Dilakukan, Pastikan Penolakan Rakyat Tidak Lagi Berlaku

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Wakil Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zainal Rafique berpandangan anjakan paradigma mesti dilakukan bagi peristiwa penolakan rakyat khususnya orang Melayu kepada UMNO dalam dua siri Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini tidak lagi berlaku. Tegas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang itu, Jika PRU14 dan sebelumnya ia terjadi kepada pengundi Melayu di bandar, tetapi berdasarkan statistik pada […]

» Read more

Pertahankan Institusi Presiden Daripada Terus Dihujani Pelbagai Tohmahan – Nor Bhaiti

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ketua Puteri UMNO Negeri Wilayah Persekutuan Nor Bhaiti Sabar berkata politik itu bukanlah perkara yang remeh dan mudah. Katanya, kedudukan sebagai pemimpin adalah amanat dan mandat dari rakyat dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjuang mempertahankan UMNO walaupun dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kejian. “Apa yang lagi menyedihkan apabila Presiden UMNO, Datuk […]

» Read more

Peruntukan RM12 JUTA Sedia Pam Bergerak Atasi Banjir Termenung Di Pasir Mas – TPM

PASIR MAS, 15 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan RM12 juta untuk menyediakan enam unit pam bergerak berkuasa tinggi bagi mengatasi banjir termenung di jajahan Pasir Mas. Beliau berkata peruntukan segera itu adalah langkah jangka pendek menangani banjir termenung yang kini berlaku di jajahan tersebut khususnya di Rantau Panjang. Menurutnya enam […]

» Read more

Malaysia Perlu Teguh Bersama Perpaduan Nasional – Syed Mohd Johan

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Semua pihak disaran agar tidak lagi bermain politik sebaliknya sama-sama berganding bahu untuk memastikan negara dan seluruh rakyat bukan sahaja dapat mempersiapkan diri malah terus maju ke depan khususnya mendepani segala cabaran. Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri berkata kini adalah masa untuk masing-maisng  bekerja keras memastikan Malaysia […]

» Read more

BN Sentiasa Prihatin Kepada Rakyat, Tuduhan Beli Undi Propaganda Politik – Ramlan

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Lembah Pantai, Datuk Ramlan Shahean @ Askolani menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibahim sengaja mencipta propaganda politik dengan menuduh BN membeli undi tentera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Katanya, BN tidak perlu melakukan perkara tersebut kerana sudah menjadi kebiasaan kerajaan di bahawa pimpinan parti […]

» Read more

Pilih Yang Kompetan… Era Baharu Apa Mereka Nak Bawa Sedangkan BN Dah Laksana

PUTRAJAYA, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menempelak parti lawan khususnya berkaitan manifesto yang mereka tawarkan sedangkan pelbagai janji yang sebelum ini ditabur tak dilaksana. Dalam hal ini, beliau mempersoalkan lawannya di Putrajaya dari Parti Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Radzi Jidin yang menyandang jawatan Menteri Pendidikan lantaran tidak membuat apa-apa […]

» Read more

PRU15: Ahmad Zahid Cadang Tiga Jawatan TPM Dimasukkan Dalam Manifesto BN

KIMANIS, 23 Okt – Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyorkan agar tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM), masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung, diwujudkan jika UMNO/BN menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ahmad Zahid berkata BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail […]

» Read more
1 48 49 50 51 52 88