Malaysia Perlu Teguh Bersama Perpaduan Nasional – Syed Mohd Johan

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Semua pihak disaran agar tidak lagi bermain politik sebaliknya sama-sama berganding bahu untuk memastikan negara dan seluruh rakyat bukan sahaja dapat mempersiapkan diri malah terus maju ke depan khususnya mendepani segala cabaran.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri berkata kini adalah masa untuk masing-maisng  bekerja keras memastikan Malaysia teguh dan kembali garang di pentas dunia.

“Usah lagi bermain politik, dan ayuh kita berganding bahu membantu mempersiapsiagakan Malaysia untuk masa depan yang lebih baik.  Justeru itu, setiap warga Malaysia perlu menyokong penuh konsep Perpaduan Nasional ini bagi membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia sememangnya mampu bersatu sebulat suara berdaulat dan stabil, bagi mendepani cabaran global pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan tahniah tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas lantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, menerajui Kerajaan Perpaduan Nasional sebagaimana titah cadangan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kedua, ikrar PM ke-10 untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara, kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan bangsa Melayu dan berlaku adil kepada etnik lain, sewajarnya disokong oleh seluruh warga Malaysia.

“Sebenarnya, inilah aspirasi perpaduan yang menjadi dokongan penting pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak awal merdeka, dan menjadi ramuan penting membangunkan negara bangsa untuk sentiasa teguh mendepani pelbagai cabaran global semasa.

“Kerajaan Perpaduan Nasional menggabungkan kerjasama pelbagai parti politik yang mewakili wilayah,  kemajmukan kaum, agama dan budaya, sebagai ciri yang amat penting bagi memastikan Malaysia kekal aman harmoni bagi menyokong pentadbiran negara,” tambahnya.

Tambahnya lagi, Malaysia tidak boleh menerima sebarang unsur ektrimisme atau chavinisme, sama ada dalam bentuk perkauman, agama mahu ideologi melampau, yang mampu menggangugugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini, mengikut lunas keluhuran Perlembagaan di negara ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.