Tanah Seluas 50,000 Hektar Untuk Projek Tanaman Padi Di Sabah Dan Sarawak – TPM Zahid

SEBUYAU (Sarawak), 17 Sept – Kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, namun pelaksanaannya memerlukan sedikit masa. “Peruntukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Desa […]

» Read more

16 September Harus Dijadikan Detik Penting Untuk Rakyat Malaysia – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 16 Sept – 16 September harus dirai dan dijadikan tarikh penting untuk rakyat negara ini yang telah mencantumkan tiga wilayah untuk membentuk sebuah negara Malaysia. Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sehingga hari ini Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur, aman dan damai. “Marilah sama-sama kita raikan pewujudan Hari Malaysia dan syukuri selama berpuluh-puluh tahun […]

» Read more

Jangan Jadikan Masjid Dan Surau Gelanggang Pertelagahan Politik – Mohd Na’im

PUTRAJAYA, 15 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini menyeru agar institusi masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang pertelagahan politik. Beliau berkata apabila masjid dan surau dilibatkan dengan kancah politik kepartian, ia akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat selain mencemarkan institusi itu sebagai zon bebas. “Saya menzahirkan rasa bimbang terhadap kecenderungan […]

» Read more

Isu DNAA: Semua pihak Dinasihat Bertanggungjawab, Tidak Keluarkan Kenyataan Kelirukan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan semua pihak agar bertanggungjawab serta tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat berikutan isu Discharge Not Amounting To Acquittal (DNAA) yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan ia tiada dalam Islam. Ini kerana katanya kenyataan yang dikeluarkan tersebut adalah tidak tepat […]

» Read more

Pasaran Hartanah Stabil, Transaksi Meningkat Kepada RM85.37 Bilion Pada Separuh Pertama 2023

KAJANG, 14 Sept – Aktiviti pasaran hartanah negara mencatatkan prestasi stabil pada separuh pertama 2023 dengan jumlah nilai transaksi meningkat 1.1 peratus kepada RM85.37 bilion daripada RM84.40 bilion yang direkodkan pada tempoh sama 2022. Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata walau bagaimanapun jumlah bilangan transaksi pasaran hartanah mengalami penurunan kecil sebanyak 2.1 peratus kepada 184,140 pada separuh […]

» Read more

Kerajaan Diminta Tumpukan Pembangunan Infrastruktur Di Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Kerajaan diminta memberi tumpuan kepada pembangunan di Sabah yang masih dibelenggu tiga masalah asas utama meliputi akses jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik. Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata masih terdapat kawasan di Sabah yang jalannya masih tidak berturap selain banyak kampung-kampung yang masih tiada bekalan elektrik dan air bersih. “Sebab itu […]

» Read more

PRK Pulai: Nur Jazlan Seru Pengundi Tunaikan Tanggungjawab, Kekalkan Sokongan Dua Pertiga Kerajaan Perpaduan

PULAI, 8 Sept – Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan para pengundi bagi kerusi di kawasan tersebut untuk keluar mengundi bagi mengekalkan sokongan dua pertiga ahli parlimen di Dewan Rakyat. Jelasnya, proses berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai berjalan dengan lancar dan beliau menjangkakan satu keputusan yang positif iaitu kemenangan bagi calon Pakatan Harapan (PH), […]

» Read more

Jangan Pandang Enteng Keamanan Dan Kestabilan Dikecapi Negara

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru orang ramai dan anggota tentera daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara selain tidak memandang enteng keamanan dan kestabilan yang dikecapi kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang masih muda. Beliau berkata semangat dan kerjasama sedia ada dalam kalangan rakyat […]

» Read more

ECERDC Raih Pelaburan Komited RM5.6 Bilion Untuk Pahang

KUANTAN, 22 Ogos – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM5.6 bilion untuk Pahang setakat bulan lepas. ECERDC dalam satu kenyataan hari ini berkata antara pelaburan itu adalah dalam sektor pelancongan; perkhidmatan; pembuatan; minyak, gas dan petrokimia (OGP) serta perniagaan tani. “Sejumlah 64 peratus daripada pelaburan komited tersebut ialah pelaburan langsung domestik (DDI) dan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Diharap Beri Sokongan Supaya Malaysia Termasuk Antara 30 Ekonomi Terbesar Dunia

MELAKA, 21 Ogos – Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berharap agar kerajaan negeri dapat bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan negara ini berada dalam kelompok 30 ekonomi terbesar dunia. Malaysia kini berada di tangga ke-37 dalam kelompok itu, justeru dukungan dan sokongan daripada semua pihak amat diperlukan bagi mencapai matlamat berkenaan. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada […]

» Read more
1 43 44 45 46 47 88