Santuni Anak-anak Putrajaya, Pastikan Tetap Ceria Laksana Persiapan Menjelang Aidilfitri

PUTRAJAYA, 29 Mac – Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal dirai tidak lama lagi, anak-anak yang kurang berkemampuan tetap menjadi keutamaan dengan memastikan persediaan bagi kelengkapan perayaan dibuat sebaiknya. Dalam hal ini Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah mengiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memenuhi undangan dari Biro Pendidikan Perpaduan […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin KEDA Capai Objektif Bantu Rakyat Kedah

PENDANG, 24 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dilihat mampu mencapai objektif mengeluarkan peserta daripada kelompok miskin tegar. Ujar Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, sejak KEDA ditubuhkan pada 1981, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih kurang RM2.31 […]

» Read more

Pulau Pinang Diharap Bantu PERDA Dirikan Banyak Kilang, Premis Produk Halal

NIBONG TEBAL, 20 Mac – Kerajaan Persekutuan berharap kerajaan Pulau Pinang membantu Lembaga Kemajuan Pulau Pinang (PERDA) untuk mendirikan lebih banyak kilang dan premis yang mengeluarkan produk halal di negeri ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan infrastruktur Pulau Pinang sangat baik dan penerokaan pasaran luar negara juga semakin bertambah, sekaligus mempunyai potensi untuk […]

» Read more

Rakyat Kelantan Tidak Pernah Dipinggirkan Daripada Program Kerajaan Madani

JELI, 20 Mac – Rakyat Kelantan tidak pernah dipinggirkan dari pelbagai aspek termasuklah yang melibatkan program dijalankan di bawah kepimpinan Kerajaan Madani yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, mesej itu jelas disampaikan ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke negeri itu baru-baru. “Ahmad […]

» Read more

Agong Mahu Perhatian Dan Peruntukan Saksama Di Semua Negeri, Kawal Penghijrahan Ke Ibu Kota

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia. Seri Paduka Baginda bertitah sekiranya semua negeri dapat dibangunkan bersama, penghijrahan penduduk ke pusat bandar raya dapat dikurangkan dan kesesakan akan lebih terkawal. “Pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah […]

» Read more

Jumlah Kerugian Akibat Banjir Dianggarkan RM1 Bilion – Ahmad Zahid

DUNGUN, 18 Mac – Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ketika ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) masih menilai jumlah sebenar kerosakan yang dialami akibat bencana itu. “Secara kasar, kita menganggarkan kerosakan keseluruhan mungkin […]

» Read more

Ahmad Zahid Hadir Imarah Majlis Santunan Kasih Ramadan Di Terengganu

DUNGUN, 17 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah hadir bagi mengimarahkan Majlis Santunan Kasih sempena bulan Ramadan di Masjid Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah, sebentar tadi. Kehadiran Ahmad Zahid pada jam 6 petang itu dinanti-nantikan oleh ribuan rakyat yang berhimpun di sini malah hadirin berpeluang untuk beramah mesra […]

» Read more

Majlis Peguam Lulus Usul Cabar Keputusan Pengampunan… Mohd Puad Cabar Jawab Penghakiman Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Majlis Peguam Negara menjawab penghakiman Hakim Besar Sabah-Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mengatakan bahawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak patut dibebaskan kerana dinafikan perbicaraan adil. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menganggap tidak ada yang mengejutkan apabila Majlis Peguam […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin Johor Jadi Daya Tarikan Pelabur, Pelancong Dalam Tempoh Lima Tahun

  SIMPANG RENGGAM, 15 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Johor bakal menjadi daya tarikan bukan sahaja kepada pelabur bahkan pelancong dalam tempoh lima tahun ini. Bercakap ketika menyampaikan ucaptama sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan pada petang Khamis, beliau berkata, silaturahim di antara Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan amat penting untuk menjaga keharmonian rakyat […]

» Read more

600 Pelajar Labuan Terima Peralatan Sekolah, Realitikan Khidmat Terus Bantu Rakyat

LABUAN, 11 Mac – Sesi baharu persekolahan 2024/25 telah pun bermula hari ini. Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan menzahirkan rasa gembira kerana usaha yang dilaksanakan bagi membantu 600 pelajar Labuan menerusi Program Back To School dapat meringankan beban ibu bapa di sini. Katanya, menerusi program yang diadakan secara kerjasama bersama UMNO Labuan dengan […]

» Read more
1 37 38 39 40 41 88