Agihan Kerusi PRN: Serahkan Kepada Kepimpinan Tertinggi Parti – Dr Asyraf

  KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pengagihan kerusi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), harus diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi parti. Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua pihak, harus akur dengan hasil kesepakatan dalam mesyuarat agihan kerusi yang lalu, yang telah dimuktamadkan. “Semua orang boleh minta, tapi akhirnya kita sepakat dalam […]

» Read more

DUN Kelantan Bubar Secara Rasmi Hari Ini

KOTA BHARU, 22 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mempunyai 45 kerusi hari ini secara rasmi dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Ia susulan pengumuman Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob pada sidang medianya Rabu lepas, bahawa pembubaran DUN itu mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari […]

» Read more

Jangan Terkeliru Dengan Mainan Persepsi Di Media Sosial – Mahdzir

KUBANG PASU, 21 Jun – Ahli UMNO di Kedah diingatkan agar tidak terkeliru dengan mainan persepsi pihak lawan di media sosial. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak lawan mencipta naratif songsang yang melampau menggunakan media sosial untuk mengeliru dan menghilangkan keyakinan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Saya nak ingatkan kepada semua bahawa apa […]

» Read more

Ada Urusan Sejarah Tidak Selesai Antara Zaman British Dan Kedah

ALOR SETAR, 20 Jun – UMNO Negeri Kedah menyifatkan masih terdapat urusan yang belum selesai berkaitan sejarah antara zaman penjajahan British dan kerajaan Kedah pada masa itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengenai kedudukan Pulau Pinang dan Kedah. “Sebagai rakyat Kedah dan juga Pengerusi […]

» Read more

Junjung Titah Sultan Kedah, Namun Bimbang Dijadikan Modal Politik Negatif – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 19 Jun – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mahu ruang diberikan kepada rakyat Kedah untuk menilai fakta sejarah daripada sudut yang neutral dan ilmu. Namun begitu, Shaiful Hazizy melahirkan kebimbangan kerana ianya akan dijadikan […]

» Read more

Sultan Selangor Perkenan DUN Dibubar Jumaat Ini

KLANG, 19 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini (23 Jun) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini. […]

» Read more

‘Kalih Bagi Sama’ Dianggap Songsang… Sanusi Disifatkan Buta Demokrasi – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Hanya orang ‘buta demokrasi’ sahaja yang menganggap kempen ‘Kalih Bagi Sama’ Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) sebagai songsang, kata Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin. Tegas beliau lagi yang juga Ketua UMNO Merbok, reaksi tersebut seolah-olah menunjukkan diri seorang penakut yang kehabisan modal politik. “Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi […]

» Read more

Pembahagian Kerusi PH-BN Di Enam Negeri Selesai 90 Peratus – Tok Mat

REMBAU, 17 Jun – Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah selesai 90 peratus. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ada satu atau dua kerusi yang menyaksikan pertindihan dan memerlukan keputusan Jawatankuasa Majlis Presiden kedua-dua […]

» Read more

PRN: PH-BN Boleh Sekat ‘Gelombang Hijau’ Jika Letak Calon Tepat

GEORGE TOWN, 16 Jun – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu menyekat kebangkitan gelombang hijau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya meletakkan calon yang tepat bertanding kelak. Veteran politik, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, faktor calon merupakan penentu sama ada gabungan PH-BN akan menjadi pilihan pengundi pada PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan […]

» Read more

Tiada Parti Dominan, Kerajaan Perpaduan Perlu Diterima Demi Manfaat Rakyat – Norliza

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Keterbukaan UMNO dalam menjalin kerjasama dengan parti lain perlu dinilai demi pengukuhan dan kestabilan kerajaan. Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata langkah tersebut perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara. “Kita kena buka minda tidak boleh fikir hanya parti dominan boleh memerintah… sudah sampai masanya kena sedar bahawa rakyat sudah matang […]

» Read more
1 83 84 85 86 87 133