Mengenang PM Kedua, Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Negara Malaysia

AHAD, 14 Januari 2024, sebulan yang lepas genapnya Ulang Tahun Ke-48 berpulangnya ke Rahmatullah Ta’ala Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri Kedua (1970 – Januari 1976) Bapa Pembangunan Negara Malaysia di London dan telah dikebumikan di makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur. Bagi mengenangkan jasa-jasa Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein, bersama-sama ini saya […]

» Read more

Mengenang Bapa Kemerdekaan Dan Bapa Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra

HARI ini, Khamis, 8 Februari 2024 bersamaan 27 Rejab 1445(H) adalah hari keputeraan Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan jika ditakdirkan beliau masih hidup, usianya adalah 121 tahun. Ketokohannya sebagai pemimpin tiada tolok banding sehingga diiktiraf dalam dunia Islam sebagai pemimpin yang dihormati oleh kawan dan lawan. Andainya Almarhum Tunku masih berada bersama kita pada […]

» Read more

Sultan Nazrin Shah Angkat Sumpah Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Buat Kali Ketiga

IPOH, 31 Jan – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini mengangkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang dilaksanakan baginda dengan cemerlang sejak 2016. Pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-263 (Khas) Oktober lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, manakala Sultan Nazrin Shah dilantik semula sebagai Timbalan Yang […]

» Read more

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis […]

» Read more

Gabungan Pemimpin Lama Dan Baharu Dalam Kabinet Bawa Perubahan, Reformasi Masa Depan Negara

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias menyifatkan kepelbagaian latar belakang dengan gabungan wajah pemimpin lama dan baharu dibawa masuk ke dalam Kabinet Persekutuan dilihat mampu membawa perubahan serta reformasi demi masa depan negara yang lebih baik. Katanya, dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar maka barisan kepimpinan yang terpilih harus melihat ianya satu […]

» Read more

Enam PRN Dan PRK, Hangatkan Suhu Politik Negara Sepanjang 2023

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan enam Pilihan Raya Kecil (PRK) antara tumpuan utama yang menghangatkan suhu politik negara sepanjang tahun ini. PRN 12 Ogos lepas yang melibatkan enam negeri menyaksikan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mendominasi Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor manakala Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Kedah, Kelantan dan Terengganu. […]

» Read more

Puisi Kenangan Bapak Malaysia – Sempena Memperingati Kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Sempena memperingati kemangkatan Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hari ini 06 Disember 2023 yang ke-23 tahun (06 Disember 1990) Bapak Kemerdekaan, Terangnya Nur keramat dibumi Tanah Melayu/Malaya Kurniaan Allah Putera Raja Untuk watan dan Bangsa Berdarah Raja berjiwa rakyat biasa Mengharungi kesangsaraan semata-mata untuk watan yang tercinta Mengorbankan kedudukan dan harta semata-mata Untuk perjuangan Bangsa. Bapak […]

» Read more

121 Rakyat Malaysia Pulang Dari Wilayah Bergolak Laukkaing, Myanmar

SEPANG, 1 Dis – Seramai 121 rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar ekoran pergolakan di wilayah berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air hari ini melalui pelaksanaan misi evakuasi. Mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di utara Myanmar, diterbangkan ke Malaysia menerusi penerbangan khas AirAsia dari Kunming, China yang […]

» Read more

Tidak Mungkin Malaysia Jadi Negara Sekular – Asyraf Wajdi

CHUKAI, 23 Nov – “Tidak mungkin negara ini akan berubah menjadi negara sekular yang memisahkan pentadbiran negara dan negeri daripada agama Islam,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata, dakwaan pemimpin-pemimpin Pas kononnya pentadbiran Kerajaan Perpaduan sedang menuju ke arah menjadikan negara ini sebagai sebuah negara sekular adalah tipu semata-mata. Apatah lagi, katanya, Kerajaan Perpaduan ini […]

» Read more
1 63 64 65 66 67 133