Salah Guna Harta Kerajaan, Presiden PPBM Digesa Ambil Tindakan Terhadap Armada

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Shukor membidas tindakan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Armada yang menyalahguna harta kerajaan dan ia disifatkan sebagai satu perbuatan tidak bermoral. Jelas beliau, tindakan Armada ini secara tidak langsung boleh memberi impak negatif kepada kerjasama yang dijalinkan dalam Perikatan Nasional (PN). “Harta kerajaan bukan milik peribadi kamu. […]

» Read more

COVID-19: Hanya Tiga Negeri Ada Individu Dari Kluster Sivagangga

MELAKA, 9 Ogos – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan hanya tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, merekodkan individu positif COVID-19 dari Kluster Sivagangga, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata satu kes positif COVID-19 yang dilaporkan dari kluster sama di Selangor semalam, masih dalam siasatan, manakala dua kes di Perak merupakan kes Influenza-Like Illness (ILI). “Sehingga […]

» Read more

Kes Rasuah Lim Guan Eng: Dap/PH ‘Double Standard’ – Khairy

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas tindakan Dap dan Pakatan Harapan (PH) yang menunjukkan sekali lagi bagaimana sikap ‘double standard’ mereka terhadap perjalanan undang-undang negara. Bidas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, apabila sesuatu pendakwaan melibatkan mereka, habis dihina sistem kehakiman negara. “Sedangkan hanya pada minggu lalu, mereka sanjung mahkamah apabila keputusan kes melibatkan pemimpin […]

» Read more

Kes Guan Eng: Hormati Istitusi Kehakiman… Belum Apa-apa Dap Tuduh Pendakwaan Politik – Shahril

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menempelak Dap yang belum pun apa-apa pendakwaan dibuat terhadap Lim Guan Eng namun laman media sosial parti terbabit telah menyebut bahawa pendakwaan politik oleh Perikatan Nasional telah bermula. Katanya, kalau Barisan Nasional (BN) yang kena, laju bersorak dan ringan mulut terus hukum ‘bersalah’. “Bila parti dia, belum dengar dakwaan, belum […]

» Read more

SOP PRK Chini Digunakan Di PRK Slim, Dengan Penambahbaikan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Garis panduan yang diguna pakai semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini akan dipraktikkan semula pada PRK DUN Slim dengan beberapa penambahbaikan bagi mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya antara garis panduan yang dipersetujui termasuk Bilik Gerakan Parti dan Bilik Gerakan Kecil dibenarkan dibuka […]

» Read more

5,355 Individu Pulang Ke Tanah Air Sejak 24 Julai – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Seramai 5,355 individu telah pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di 21 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak dan Johor bagi menjalani proses kuarantin wajib. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri […]

» Read more

PKPP: PDRM Tahan 127 Individu Ingkar Pakai Pelitup Muka Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 315 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), antaranya adalah 127 kesalahan tidak memakai pelitup muka yang berkuat kuasa mulai semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan lain adalah 38 individu ditahan kerana tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) manakala 150 orang ditahan kerana menyukarkan penjarakan fizikal. “Daripada jumlah 315, seramai tiga individu telah direman manakala […]

» Read more

3,371 Individu Pulang Ke Malaysia Dikuarantin Di Stesen Kuarantin- Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Setakat semalam, seramai 3,371 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa telah ditempatkan di stesen kuarantin bagi menjalani kuarantin wajib 14 hari sejak perintah itu dikuatkuasakan pada 24 Julai lepas, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  Beliau berkata mereka ditempatkan di 14 hotel serta lima Institut Latihan […]

» Read more

PKPP: Polis Pantau Pematuhan SOP Semasa Aidiladha

PUTRAJAYA, 30 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa perayaan Aidiladha yang disambut umat Islam esok. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemantauan bukan sahaja akan dibuat di masjid, surau dan kawasan penyembelihan tetapi juga di rumah-rumah. “PDRM akan berada di setiap kampung untuk memantau pematuhan SOP termasuk di […]

» Read more

Siasat Semula Pertuduhan Terpilih Babitkan Pemimpin PH – Sahrihan

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pemerhati politik Sahrihan Jani berkata, kerajaan sedia ada harus membuka dan menyiasat semula semua pertuduhan di tarik balik atau dilepaskan yang membabitkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) semasa mereka mentadbir negara. Ujar beliau, sepanjang 22 bulan PH mentadbir negara, terdapat pendakwaan terpilih sehingga rakyat hampir hilang kepercayaan dengan undang-undang negara. “Pada ketika pemimpin-pemimpin UMNO bersikap ‘gentleman’ […]

» Read more
1 112 113 114 115 116 133