COVID-19: Ledakan Kes Harian Baharu, Kes Aktif Hampir 30 Ribu

KUALA LUMPUR, 30 April – Bermula dengan hanya tiga kes positif COVID-19 pada 25 Januari 2020, Malaysia kini merekod kes kumulatif sebanyak 404,925 kes setakat 29 April 2021 sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan menghampiri 30 ribu. Dengan sejumlah 378 kluster masih aktif dan 83 daripadanya mencetuskan kes baharu, mungkin sukar untuk mengharapkan pandemik koronavirus maut ini dapat dibendung dalam masa […]

» Read more

SOP Sambutan Aidilfitri Yang Tular Adalah Palsu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 April – Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai sambutan Aidilfitri yang tular di media sosial hari ini adalah palsu dan tidak benar, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kerajaan belum mengeluarkan sebarang SOP mengenai perayaan itu, dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat “Senarai SOP itu fake (palsu), tidak betul…. kononnya pada […]

» Read more

Keputusan Tutup Sekolah Penilaian Bersama PKD, KPM Dan K’jaan Negeri

TANGKAK, 19 April – Keputusan berkenaan penutupan sekolah berikutan kes COVID-19 adalah berdasarkan penilaian bersama Pejabat Kesihatan Daerah bersama Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata penilaian itu mengambil kira antaranya bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) setelah disahkan positif COVID-19. “Bagaimanapun, […]

» Read more

Bangkit 15 Terus Perkasakan Jentera Parti Pelbagai Peringkat

MELAKA, 10 April – Beberapa negeri telah selesai mengadakan pogram Bangkit 15 yang mana merupakan persediaan jentera UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelas beliau, Bangkit 15 ini sudah bermula sejak daripada 12 Mac lagi dan bermula di dua negeri iaitu Kedah dan Perlis seterusnya di ikuti oleh […]

» Read more

215,395 Individu Sudah Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin COVID-19 – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 1 April – Sebanyak 215,395 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 482,808 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 698,203. Menerusi satu infografik […]

» Read more

Lebih 74,000 Individu Lengkapkan Dua Dos Suntikan Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Seramai 74,289 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 436,687 individu telah menerima dos pertama, dengan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini adalah 510,976. Menerusi satu infografik […]

» Read more

Lebih 481,000 Individu Terima Vaksin COVID Setakat 23 Mac – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Seramai 481,989 individu telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu 430,368 individu telah menerima dos pertama vaksin sementara 51,621 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut. Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman Twitter rasminya hari ini, tiga negeri mencatat jumlah […]

» Read more

Lebih 450,000 Individu Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Setakat 22 Mac

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Seramai 452,919 individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, berkata daripada jumlah itu, seramai 422,058 individu menerima suntikan dos pertama manakala 30,861 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut. […]

» Read more

PAU Di Bahagian Dijangka Lebih Meriah, Eratkan Perpaduan Akar Umbi – Azlan Man

ALOR SETAR, 18 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azlan Man percaya semangat ahli parti untuk bersama di dalam Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini kekal utuh seperti sebelumnya. Katanya, ini kerana pada kali ini penganjurannya akan diadakan di kesemua UMNO Bahagian-bahagian di seluruh negara yang pastinya akan menyemarakkan perpaduan dalam kalangan ahli dan kecintaan kepada parti. […]

» Read more
1 48 49 50 51 52 73