Perak Kubu Kuat UMNO/BN… Mana-Mana Parti Nak Cuba, Silakan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 22 Okt – Perak ialah kubu kuat UMNO/Barisan Nasional (BN) namun sekiranya mana-mana parti berminat untuk mencuba nasib, maka kita mengalu-alukan percubaan tersebut, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menjawab soalan pemberita mengenai keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan Tambun, beliau berpendapat bahawa mana-mana calon bebas untuk menaruh nasib. “Sebagai sebuah […]

» Baca lanjut

Wanita UMNO/BN Perak Siap Siaga, Tekad Pertahankan Negeri

  BAGAN DATUK, 27 Sept – Jentera Wanita UMNO/Barisan Nasional (BN) Negeri Perak sentiasa bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 15 pada bila-bila masa sahaja, kata Ketuanya Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin. Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak mengharapkan agar kesediaan jentera sentiasa berada pada tahap yang memuaskan. “Saya berharap semua jentera UMNO/BN […]

» Baca lanjut

UMNO Junjung Kasih Perkenan Sultan Perak, Pastikan Institusi Raja Melayu, Islam Tidak Diheret Kontroversi

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjunjung kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang penuh hikmah dan bijaksana menerima pengunduran diri Datuk Dr. Afifi Al-Akiti daripada jawatan Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan sebagai Orang Besar Delapan Perak dan Ahli Dewan Negara Perak, ekoran tularnya rakaman kontroversi yang membabitkan Dr. Afifi. Ujar […]

» Baca lanjut

Namakan Calon PM Tutup Telahan Wujud Kem Tertentu Dalam UMNO – Pemuda Perak

KUALA LUMPUR, 15 April – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak menyambut baik hasil keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia yang sebulat suara bersetuju menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Malaysia daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti. Kata ketuanya, Mohd Ariff Abdul Majid, ini secara tidak langsung menidakkan sebarang gambaran […]

» Baca lanjut

UMNO Perlu Wujudkan Sekolah Politik, Antara Cadangan Wakil Perak

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pembahas dari negeri Perak Datuk Azhar Ahmad mencadangkan agar UMNO mewujudkan sekolah politik untuk generasi muda dengan kadar segera. Kata Ketua UMNO Bahagian Beruas itu, ini bagi memberi ilmu pengetahuan kepada generasi muda seawal usia 16 tahun mengenai makna perjuangan dan pembinaan negara bangsa. “UMNO tidak ada sekolah politik. Dap ada sekolah politik, Pas ada […]

» Baca lanjut

UMNO Rakam Takziah Pemergian Mufti Perak

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Seluruh kepimpinan UMNO menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, yang meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang pada Ahad.Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata […]

» Baca lanjut

Rejuvinisasi Parti, Pemuda Perak Syor Tiga Perkara Angkat Kembali UMNO

KUALA LUMPUR, 28 Mac – UMNO perlu diangkat kembali bagi mengambil alih Putrajaya dan yang paling penting adalah mengembalikan hak-hak rakyat. Demikian tegas perwakilan Pemuda UMNO Negeri Perak, Mohammad Hamidi Baharuddin yang menganggap bahawa kekalahan pada PRU-14 yang lalu telah memberi pengajaran yang sangat berharga sekalipun amat memeritkan. “Kerana dengan kekalahan inilah, rakyat dapat menilai, hanya UMNO sahaja satu-satunya kerajaan, […]

» Baca lanjut

Kerajaan Negeri Perak: Ahmad Maslan Optimis UMNO, PAS & Bersatu Akan Bersama

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Ahmad Maslan optimis dan positif bahawa pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu adalah terdiri daripada UMNO, PAS dan juga Bersatu. Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian pada Selasa tengah hari telah menyerahkan sendiri surat rasmi UMNO kepada SUA PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan SUA Bersatu, Datuk Hamzah Zainuddin berhubung keputusan Mesyuarat […]

» Baca lanjut

Nama Calon MB Daripada UMNO Dipersembah Kepada Sultan Perak, Dapat Sokongan Majoriti – Ahmad Zahid

IPOH, 8 Dis – Calon Menteri Besar Perak yang baharu daripada UMNO bukan sahaja mempunyai sokongan majoriti, malah lebih daripada mencukupi, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata nama calon itu juga telah dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semasa beliau menghadap baginda di Istana Kinta di sini pagi ini. “Itulah (nama calon) yang kita telah persembahkan […]

» Baca lanjut
1 6 7 8 9 10 213