Ahmad Zahid Tegaskan UMNO Sentiasa Bela Orang Melayu, Santuni Pelbagai Kaum

PENGKALAN HULU, 8 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa agenda parti ini membela orang Melayu tetapi dalam masa yang sama sentiasa menyantuni masyarakat pelbagai kaum. Ujarnya UMNO adalah parti yang sentiasa menyantuni kaum-kaum lain walaupun parti Melayu. “UMNO terkenal sebagai parti orang Melayu tetapi menyantuni pelbagai kaum, pelbagai bangsa dan pelbagai budaya. Itulah istimewanya […]

» Read more

Terimalah Hakikat Bekerjasama Adalah Cara Terbaik Untuk Masa Depan UMNO – Ahmad Zahid

KUALA KANGSAR, 8 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta akar umbi parti untuk menerima hakikat bahawa bekerjasama dengan parti-parti politik adalah cara terbaik bagi memastikan kelangsungan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri, dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada juga musuh yang kekal. “Dalam politik mana ada […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO: Ahli Perlu Diberikan Maklumat Tepat, Elak Kesalahfahaman

KLUANG, 3 Julai – Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid berpandangan ahli perlu sentiasa diberikan maklumat yang tepat untuk mengelakkan kesalahfahaman berhubung beberapa isu berkaitan parti dan semasa. Katanya, penjelasan dan penerangan daripada pimpinan pusat secara terus kepada kepimpinan di peringkat akar umbi juga penting agar mereka dapat menyusun gerak kerja selari dengan kehendak parti. “Pemimpin-pemimpin di […]

» Read more

UMNO Sebagai Parti Melayu Terbesar Perlu Bangkit, Kerja Keras Kembali Tarik Sokongan – Lokman

PADANG RENGAS, 3 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata UMNO sebagai parti Melayu terbesar di negara ini perlu bangkit dan bekerja keras untuk kembali kukuh. Menurut beliau ia penting sebagai usaha untuk menarik keyakinan orang Melayu menyokong UMNO, sekaligus berupaya meneruskan lagi perjuangan UMNO membela agama, bangsa dan negara. “Itu sebabnya kalau kita nak […]

» Read more

Kewujudan Parti-parti Politik Menuntut UMNO Kerja Lebih Keras – Suraya

PADANG RENGAS, 1 Julai – Kewujudan parti-parti politik termasuk pertambahan parti berteraskan Melayu dalam negara menuntut kerja keras UMNO bagi meraih sokongan rakyat, kata Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob. Beliau berkata ini kerana ia berbeza dengan situasi politik terdahulu yang menyaksikan hanya UMNO dan Pas sahaja mewakili orang Melayu. “Rakyat punya banyak pilihan untuk parti Melayu, dulu kita […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Ke Padang Rengas, Tumpu Pencerahan Isu Semasa

PADANG RENGAS, 30 Jun – Siri Jelajah Penerangan UMNO Malaysia meneruskan gerak kerjanya hari ini ke UMNO Bahagian Padang Rengas. Bertempat di Dewan Serbaguna JPS Kuala Kangsar, program tersebut dilaksana tertib dengan dimulakan nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia Berkhidmat’ diikuti bacaan doa Majlis kemudian bermula dengan perkongsian hala tuju Penerangan UMNO oleh Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob kepada […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO: Bahagian Sembrong Jadi Lokasi Pertama Di Johor

KLUANG, 29 Jun – Penerangan UMNO Malaysia meneruskan siri jelajahnya ke selatan negara apabila memilih Bahagian Sembrong sebagai lokasi pertama di Negeri Johor. Bertempat di Dewan Dato’ Onn, Rumah Komuniti Parlimen Sembrong, di sini hari ini, ia dihadiri lebih tiga ratus kepimpinan akar umbi yang terdiri daripada ahli jawatankuasa UMNO bahagian empat peringkat, ketua-ketua UMNO cawangan dan sayap serta ketua […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO: Kerja Keras, Kembalikan Kegemilangan Parti

NIBONG TEBAL, 26 Jun – Semua pihak di peringkat kepimpinan dan akar umbi perlu memainkan peranan sebaiknya dalam memperkukuhkan gerak kerja untuk mengembalikan kecemerlangan UMNO. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua pejuang parti perlu mempunyai kesedaran mengenai kedudukan terkini UMNO dalam arus politik negara. “Tuan-tuan, apa yang kita persiapkan untuk esok hari? Apa […]

» Read more

UMNO Mampu Rampas Kembali Kerusi Yang Terlepas Ke Pembangkang

BUKIT GANTANG, 25 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata UMNO mampu merampas kembali kerusi yang dimenangi pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Katanya, setiap jentera parti perlu berusaha keras bermula sekarang dan syarat utama dalam memastikan kemenangan adalah mesti bersatu padu serta tidak boleh berpecah-belah. “Syaratnya kita tidak boleh berpecah, […]

» Read more
1 21 22 23 24 25 217