COVID-19: 374 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Lepasi 15,000

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga digit untuk 10 hari berturut-turut dengan 374 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan melepasi angka 15,000 kepada 15,096. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga meningkat kepada 4,161 kes, selain terdapat tiga lagi kematian dilaporkan. Jelasnya, […]

» Read more

PKPB Di Zon Merah Dilaksanakan Bermula 9 Okt Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Okt ini susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan ini diambil bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut, serta membolehkan […]

» Read more

COVID-19: Sepuluh Kluster Catat Pertambahan Kes, Termasuk Dua Kluster Baharu

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Sebanyak 10 kluster aktif COVID-19 mencatatkan pertambahan kes hari ini termasuk dua kluster baharu iaitu Kluster Bah Puchong dan Kluster Penjara Reman. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Tembok kekal mencatatkan pertambahan kes tertinggi dengan 139 kes baharu. Mengenai perincian kluster baharu, Dr Noor Hisham berkata Kluster Bah Puchong dikenal […]

» Read more

COVID-19: Malaysia Rekod 489 Kes Baharu, Dua Kluster Baharu Dikesan – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini menurun berbanding semalam namun tetap merekodkan tiga angka dengan mencatatkan 489 kes dan kemunculan dua kluster baharu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu, 487 merupakan penularan tempatan dan dua lagi merupakan kes import. “Daripada 487 kes penularan […]

» Read more

Malaysia Rekod 691 Kes Baharu, Tertinggi Sejak COVID-19 Melanda Negara

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus meningkat dan hari ini mencatatkan 691 kes, iaitu angka tertinggi sejak wabak itu melanda negara dengan merekodkan empat kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selaras dengan peningkatan mendadak itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga kini meningkat kepada 2,936. Perkembangan terkini itu menyaksikan jumlah […]

» Read more

Dua Lagi Kluster Dikenal Pasti, Jumlah Kluster Aktif Kini 39 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Dua lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Batu di Taiping, Perak dan Kluster Ramai-Ramai di Sandakan, Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif di Malaysia sebanyak 39 kluster. Dr Noor Hisham berkata Kluster Batu dikenal pasti hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli […]

» Read more

COVID-19: MIC Tangguh Semua Konvensyen Negeri

TAPAH, 2 Okt – Konvensyen MIC yang sepatutnya berlangsung di seluruh negara bermula hari ini sehingga 8 Okt depan, ditangguhkan serta-merta berikutan penularan wabak COVID-19 yang membimbangkan kini. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata presiden parti, Tan Sri S.A. Vigneswaran telah mengeluarkan arahan mengenai perkara berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 yang begitu ketara. “Hari […]

» Read more

Ubah Fakta Sejarah Perbuatan Jenayah Intelek, Keilmuan – Sultan Nazrin

IPOH, 1 Okt – Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Baginda bertitah langkah merakam, mencatat, merekodkan dan menyimpan bahan sejarah secara tepat adalah kewajipan yang tidak boleh dikompromikan. “Rekod sejarah yang lengkap berperanan […]

» Read more

Bersahabat Dan Berpolitik…. Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 banyak mengajar UMNO dan Barisan Nasional mengenai erti persahabatan. Ketika kita berkuasa, semua mengaku kawan, bila kita tewas batang hidung pun tak nampak. Namun, kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang masih kekal bersama parti tetap setia. Kekal bersama demi prinsip untuk mempertahankan perjuangan walaupun sedih melihat rakan sendiri meninggalkan parti hanya kerana mahu kekal berkuasa. […]

» Read more
1 184 185 186 187 188 217