Lebih 7.2 Juta Dos Vaksin COVID-19 Telah Diberikan Setakat Semalam – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Sebanyak 7,226,949 dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini sehingga semalam berbanding 7,039,072 dos pada hari sebelumnya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata jumlah itu merangkumi 5,204,993 penerima vaksin dos pertama dan 2,021,956 individu lagi menerima suntikan dos kedua. “Sebanyak 187,877 suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, daripada jumlah […]

» Baca lanjut

Sasaran Olimpik Tokyo Akan Diumum Pada Waktu Yang Tepat – Reezal Merican

NILAI, 26 Jun – Tiada sebarang tekanan diberikan kepada barisan atlet negara ketika ini dengan meletakkan sasaran spesifik buat kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung bulan depan. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perkara terpenting bagi atlet negara ketika ini ialah persiapan mereka berada di landasan tepat di sebalik rintangan getir yang […]

» Baca lanjut

Lebih 7 Juta Penduduk Terima Vaksin Setakat Semalam – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Sejak pelaksanaannya hingga semalam, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menyaksikan 7,039,072 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Sebanyak 215,968 suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini. Dr Adham berkata daripada jumlah suntikan vaksin yang diberikan semalam, 148, 380 merupakan dos […]

» Baca lanjut

Pemberian Vaksin COVID-19 Sudah Melebihi 6 Juta Dos

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini setakat semalam sudah melebihi enam juta dos. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata setakat semalam, seramai 4,384,441 telah menerima dos pertama manakala 1,666,757 individu sudah melengkapkan dos kedua, menjadikan keseluruhan pemberian kedua-dua dos berjumlah 6,051,198. Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan […]

» Baca lanjut

1,612,974 Individu Lengkapkan Dua Dos Vaksin Covid-19 Setakat Semalam

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Seramai 1,612,974 individu di negara ini telah lengkap dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Berdasarkan perkongsian data di akaun Twitternya, seramai 4,202,601 individu atau 12.9 peratus populasi di negara ini telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua […]

» Baca lanjut

Abdul Azeez Dapat Kelulusan Ke Luar Negara Ketuai Misi Kemanusiaan – Imigresen

PUTRAJAYA, 18 Jun – Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim diberi kebenaran untuk ke luar negara bagi mengetuai misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud. Abdul Azeez dijadualkan berlepas ke Jordan malam ini bagi misi tersebut. Menurut Khairul Dzaimee, Abdul Azeez telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan misi […]

» Baca lanjut

Dua Lokaliti Di Sabah, Satu Di Kelantan Dikenakan PKPD Mulai Ahad – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Tiga lokaliti, masing-masing dua di Sabah dan satu di Kelantan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Ahad ini sehingga 3 Julai depan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata lokaliti yang terlibat ialah Grace Villa Condo, Sembulan di Kota Kinabalu dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung […]

» Baca lanjut

Titah Agong Perlu Dijadikan Pedoman Kepada Kerajaan, Tangani Pandemik COVID-19 – Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Wanita UMNO Malaysia merafakkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertemu dengan para pemimpin parti politik negara dan mengadakan Perbincangan Khas bersama DYMM Raja-Raja Melayu bagi membincangkan situasi rakyat dan negara dalam mendepani penularan COVID-19. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad […]

» Baca lanjut

Titah Agong Beri Kelegaan Untuk Rakyat, Berdepan Kemelut COVID-19 – Haryaty Hamdzah

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu yang telah menzahirkan pandangan dalam Perbincangan Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara semalam. Ketuanya, Haryaty Hamdzah berkata titah ini memberi kelegaan bagi rakyat Malaysia yang berhadapan dengan keresahan akibat pandemik COVID-19 dari […]

» Baca lanjut

Raja-Raja Melayu Sokong Parlimen Bersidang Secepat Mungkin

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Raja-Raja Melayu yang menghadiri perjumpaan di Istana Negara hari ini menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Parlimen segera bersidang. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata di peringkat negeri pula, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat […]

» Baca lanjut
1 163 164 165 166 167 213