Saranan PRU15 Disegerakan Bukan Untuk Kepentingan UMNO Tetapi Kembalikan Mandat Rakyat

SEREMBAN, 23 Nov – Saranan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan bukanlah untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat mandat rakyat. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini sekali gus bagi memberikan keyakinan kepada banyak pihak termasuk pelabur asing bersandarkan kepada […]

» Read more

PRN Melaka: BN Menang, Kembali Bentuk Kerajaan Negeri

MELAKA, 20 Nov – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan cemerlang dan bergaya dengan memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, sekali gus menerima mandat untuk kembali mentadbir kerajaan negeri. Keputusan PRN itu menyaksikan gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi […]

» Read more

Dakwaan Sembilan PDM Bemban Ditutup Tidak Benar

JASIN, 10 Nov – Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Rizman Ghazali menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan tersebut ditutup. Katanya, kesemua PDM telah dibuka selepas pengumuman penamaan calon pada semalam (Isnin) namun hanya satu PDM dipindahkan atas faktor keselamatan kerana kedudukannya yang berbahaya. “Saya menafikan penutupan sembilan PDM tersebut […]

» Read more

Ketua Pemuda UMNO Tampin Meninggal Dunia

SEREMBAN, 9 Nov – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin Muhammad Hafez Hezmi, 38, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di kediamannya di Krubong, Melaka kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. Perkara itu disahkan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir ketika dihubungi di sini hari ini. “Saya dapat maklumat Muhammad Hafez telah pergi awal pagi tadi, satu berita […]

» Read more

Pemuda UMNO N. Sembilan Komited Bantu Jentera BN, Rangka Strategi Tersendiri

SEREMBAN, 7 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan komited untuk membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam tempoh kempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti. Kata Ketuanya Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, komitmen seratus peratus akan diberikan bagi memastikan negeri itu kembali di bawah penguasaan BN dengan kerajaan yang lebih kuat dan stabil. “Walaupun dalam keghairahan untuk membantu jentera […]

» Read more

Pahang Lulus Inisiatif Sempadan Hijau Negeri – MB

KUANTAN, 5 Nov – Kerajaan Negeri Pahang meluluskan cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Negeri melibatkan sempadan negeri jiran iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat ketika Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Rabu lepas, sebagai menjunjung titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan UMNO Bermula 15 Okt, Bahagian Serentak 18 Dis, PAU Pada Jan 2022

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan bahawa tarikh persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO dilaksana bagi tahun 2021 dilaksanakan bermula Oktober ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalm kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat dalam mesyuarat yang dilaksanakan semalam dengan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad […]

» Read more

Pembukaan Pusat Pelancongan, Aktiviti Rentas Negeri Dibenarkan Jika 90 Peratus Kadar Vaksinasi Dewasa Dicapai – PM

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju membenarkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Semalam beliau mengumumkan 80 peratus populasi dewasa di negara ini […]

» Read more

Pertandingan Pidato Online PUMAS Bukti UMNO Platform Utama Untuk Dipertahankan – Mustapha

SEREMBAN, 20 Sept – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor berkata pertandingan pidato secara online yang diadakan baru-baru ini adalah untuk mencungkil bakat peserta-peserta di seluruh Negeri Sembilan dalam usaha untuk memantapkan pemidato UMNO. Katanya, kalah atau menang dalam sesuatu pertandingan bukan perkara utama tetapi yang paling penting adalah memilih UMNO sebagai pentas untuk terus dipertahankan. “Sebenarnya soal menang […]

» Read more
1 37 38 39 40 41 158