Johor Negeri Terbaharu Dilanda Banjir, Jumlah Mangsa Di Empat Negeri Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Selepas Sabah malam tadi, Johor pula menjadi negeri seterusnya dilanda banjir membabitkan pembukaan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat yang menempatkan seramai 456 mangsa daripada 133 keluarga setakat 8 pagi ini. Jumlah mangsa banjir di empat negeri pula iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan. Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam […]

» Read more

Keprihatinan UMNO Konsisten, Teruskan Khidmat Bakti Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pasca bencana banjir yang melanda hingga minggu kedua ini terus mendapat keprihatinan pimpinan UMNO termasuk akar umbi dalam menyalurkan khidmat bakti dengan membantu mereka yang terkesan. Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bersama Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkunjung ke Padang Jawa memberikan 1,000 pek makanan asas dan […]

» Read more

Pemuda UMNO, Skuad Sabil Bersihkan Masjid… Imam Luah Penghargaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis – “Baru sahaja malam tadi saya berdoa agar hadirkanlah sesiapa sahaja yang boleh membantu membersihkan masjid ni. Hari ini takdir Allah, Pemuda UMNO dan Skuad Sabil turun bantu, jika tidak dua Jumaat pun belum tentu dapat solat lagi.” Demikian luahan Mohamad Razi, Imam Masjid Kampung Bukit Piatu di Bentong kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk […]

» Read more

Banjir: Jumlah Mangsa Meningkat Di Kelantan, Empat Negeri Lain Menurun

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan mencatatkan peningkatan malam ini manakala empat negeri lain termasuk Selangor menunjukkan penurunan. Bagaimanapun, jumlah mangsa di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan kekal. Di KELANTAN, setakat 10 malam, jumlah mangsa meningkat kepada 1,666 orang berbanding 1,496 orang petang tadi, melibatkan 10 PPS dibuka kesemuanya […]

» Read more

Tiada Negeri Dikecualikan Terima Bantuan SWCorp- Reezal Merican

MARAN, 23 Dis – Semua negeri terjejas banjir akan menerima bantuan pemulihan dan pembersihan meskipun tidak mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Memberikan jaminan itu, beliau berkata negeri Selangor misalnya yang tidak mengguna pakai Akta 672 tetapi diberikan bantuan pemulihan melalui Perbadanan […]

» Read more

Banjir: Jumlah Mangsa Menurun Di Empat Negeri

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Situasi bencana banjir yang memasuki hari ketujuh menyaksikan penurunan jumlah mangsa di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala bilangan mangsa kekal di Kelantan dan Perak, sementara di ibu negara terdapat sedikit peningkatan, setakat pagi ini. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di 264 pusat pemindahan sementara (PPS) adalah seramai 37,356 orang pada pagi ini, berbanding […]

» Read more

Banjir: Sedikit Peningkatan Mangsa Di PPS Beberapa Negeri Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Situasi semasa bencana banjir yang memasuki hari keenam sejak melanda negara 17 Dis lepas, dilihat semakin baik berikutan peningkatan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak begitu mendadak pada pagi ini berbanding semalam. Negeri yang mengalami peningkatan jumlah mangsa di PPS adalah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak, manakala Melaka kekal serta Kelantan terus mencatatkan […]

» Read more

Banjir: UMNO Terus Bersama Rakyat, Hulur Bantuan, Sumbangan – Ahmad Maslan

SHAH ALAM, 21 Dis -Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turun padang bersama-sama membantu dan menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu. Beliau yang mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ibu Pejabat UMNO bersama dengan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari membantu memberikan keperluan asas makanan untuk mangsa […]

» Read more

Banjir: Mangsa Di Lima Negeri Meningkat, 73 Jalan Ditutup Di Selangor

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri iaitu Pahang, Kelantan, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan meningkat pagi ini dan 73 jalan di Selangor masih ditutup akibat bencana itu. Di PAHANG, menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir terus meningkat pagi ini kepada 25,669 orang di 239 […]

» Read more
1 35 36 37 38 39 158